Berita baik untuk semua! Program JaminKerja 2.0 kini dibuka!
Dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian, PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.
Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang JaminKerja untuk makluman bersama.
Apakah JaminKerja 2.0 PERKESO?
Program JaminKerja 2.0 merupakan satu insentif kewangan sehingga RM42,000 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.
Bantuan mobiliti sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off
kepada pekerja.
Insentif ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.
Insentif JaminKerja 2.0
JaminKerja merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.
Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.
Sila rujuk jadual insentif dengan lebih terperinci melalui jadual di bawah:
Mari ambil peluang di atas insentif yang disediakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2022 ini sekarang.
Permohonan kini dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022. Mohon sekarang di https://jaminkerja.perkeso.gov.my
Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.
Baca juga: SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM1000
Cara Permohonan
Bagi majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember boleh membuat permohonan secara atas talian.
Langkah permohonan adalah seperti berikut:
- Majikan wajib mendaftarkan kekosongan pekerjaan di Portal
- MYFutureJobs melalui laman sesawang www.myfuturejobs.gov.my
- Majikan wajib memastikan pekerja telah berdaftar dengan Portal MYFutureJobs sebagai pencari kerja.
- Permohonan Program JaminKerja 2.0 boleh dilakukan di laman sesawang https://jaminkerja.perkeso.gov.my untuk pengambilan pekerja selepas 1 Januari 2022.
- Majkan akan menerima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima dan disemak.
- Bayaran insentif pertama kepada majikan akan terus dikreditkan selepas 2 bulan caruman wajib kepada PERKESO dilakukan, manakala bayaran insentif ketiga dan seterusnya akan dikreditkan kepada majikan setiap bulan.
- Permohonan JaminKerja2.0 boleh dibuat melalui laman sesawang Program JaminKerja – Insentif Penggajian https://jaminkerja.perkeso.gov.my mulai 1 Ogos 2022.
- Majikan juga boleh membuat semakan status permohonan melalui skrin utama https://jaminkerja.perkeso.gov.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Program JaminKerja, sila rujuk lampiran di bawah :
Insentif Pengajian boleh didapati di laman sesawang rasmi PERKESO.
Syarat-syarat Tambahan
- Majikan wajib membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs.
- Majikan wajib mengemaskini tarikh berhenti kerja dalam tempoh 48 jam di Portal Program JaminKerja – Insentif Penggajian dan Portal ASSIST sekiranya penerima insentif meletakkan jawatan.
- Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.
- Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.
- Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baharu untuk permohonan Program JaminKerja 2.0
- Permohonan bagi majikan yang membayar gaji harian kepada pekerja adalah dibenarkan selagi mematuhi kadar minimum gaji asas (RM1500) yang pasti diterima oleh pekerja setiap bulan.
- Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022 adalah layak untuk memohon Program JaminKerja 2.0.
- Tarikh akhir permohonan untuk Program JaminKerja 2.0 adalah pada 31 Disember 2022.
Lain-lain Insentif PERKESO Dalam Bajet 2022
Bajet 2022 menunjukkan keperihatinan Kerajaan untuk terus melindungi golongan pekerja sendiri dan sektor informal di negara ini.
Bagi tahun 2022, antara inisiatif yang akan diteruskan adalah Program Geran Penuh atau Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan perluasan liputan perlindungan PERKESO kepada lebih banyak Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuklah golongan artis, orang asli dan penyelia dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.
Bermula tahun 2022 juga, program SPS Lindung akan dijenamakan semula dan dipecahkan kepada 9 kategori baharu berdasarkan jenis pekerjaan OBS.
Pendekatan ini diambil bagi melindungi golongan pekerja yang mudah terjejas akibat pandemik COVID-19, sekaligus menambahbaik liputan perlindungan sosial di Malaysia.
Berikut disenaraikan perluasan dan penambahbaikan inisiatif PERKESO dalam Bajet 2022:
- Perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
- Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
- Kenaikan Had Minimum Pencen Keilatan
- Kenaikan Had Siling Gaji Pencarum
- Penyelaran Kadar Bantuan Faedah PERKESO
Maklumat Lanjut
Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan:
- Facebook : Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Telefon : 1-300-22-8000 / 03-80915300
- Laman web aduan : https://eaduansip.perkeso.gov.my
- E-mel: [email protected]