Advertisements

Tarikh & Jadual Waktu UPKK 2022 (Ujian Penilaian Kelas KAFA)

Advertisements

Tarikh / Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022

Susulan cuti umum yang diberikan pada Isnin ini, berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penialaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022.

[TERKINI] PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan bermula pada 28 November 2022.

Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:

  • Tarikh asal: 28 November 2022 (Isnin)
  • Tarikh baharu : 5 Disember 2022 (Isnin)
  • Subjek : Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah)
  • Waktu : 2.015 – 3.45 petang (1 jam 30 minit)

JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

Advertisements

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

Syarat Kelayakan

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Bentuk Penilaian UPKK 2022

  • Bentuk Lisan : Al-Quran
  • Bentuk Amali : Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Bentuk Penulisan :
    • Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
    • Sirah
    • Adab (Akhlak Islamiyah)
    • Jawi dan Khat
    • Asas Lughatul Quran

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Jadual UPKK 2022 (Pindaan Terkini)

Berikut dikongsikan jadual UPKK 2022 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

Ujian Bertulis : 28 November hingga 1 Disember 2022

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2022, sila rujuk maklumat sahih melalui :

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 8

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment