Jadual Peperiksaan STPM 2024 Semester 1 (Mulai 22 Jan – 6 Feb)

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Semester 1 (Mulai 22 Jan – 6 Februari 2024)

Selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2024

Berikut dikongsikan jadual peperiksaan bertulis STPM 2024 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di laman web tersebut.

Jadual STPM 2024

  1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada Semester 1. Calon sekolah swasta dan calon persendirian
    individu boleh mendaftar pada semester 1 atau semester 2.
  3. (a) Calon STPM 2023 boleh memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan mendaftar STPM 2024 (Kaedah 1 atau Kaedah 2) sebagai calon
    sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis STPM 2024 secara sekaligus bagi Ulangan 1, Semester 3,
    dan Ulangan 2.
    (Sila rujuk kaedah baharu ini pada Perkara 5 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024).
    (b) Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2023 boleh memilih sama ada hendak melaksanakan atau tidak melaksanakan Kerja
    Kursus (KK) / kertas alternatif bertulis mengikut pilihan yang berikut:
    (i) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh oleh calon
    dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK / kertas alternatif bertulis tahun memperbaiki keputusan. Kemudahan ini
    hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM untuk kali kedua atau lebih.
    (ii) Jika calon memilih untuk melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK / kertas alternatif
    bertulis yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah KK / kertas
    alternatif bertulis STPM tersebut.
    (Sila rujuk pada Perkara 4 dan Perkara 5 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024).
  4. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas, calon dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK.
    Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK, maka calon dikehendaki melaksanakan
    KK (Sila rujuk pada Perkara 4.6 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024).
  5. Panduan Umum Pengurusan dan Pengendalian KK, Kalendar KK, dan bahan KK mengikut mata pelajaan boleh dirujuk di portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
  6. Permohonan semak semula keputusan dibuka selama 5 hari bermula dari tarikh keputusan peperiksaan Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 diumumkan.
  7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600
    samb. 1661/1662/1663/1664/1665 atau e-mel ke [email protected] .

Jadual Peperiksaan STPM 2024 Semester 1 (22 Jan – 6 Feb 2024)

BILNAMA BORANG/DOKUMEN 
1Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2024 Lihat |  Muat Turun 
2Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
3Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
4Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
5Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
6Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
7Jadual Waktu Peperiksaan JG Semester 1 STPM 2023Lihat |  Muat Turun

Sumber: https://www.mpm.edu.my/

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui portal MPM 

Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my

jadual stpm 2023
keputusan stpm semakan jadual

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan melalui SMS

STPM<jarak>No.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai jam 11.00 pagi

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
[email protected]

Semoga berjaya.

Sumber:
Majlis Peperiksaan Malaysia

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024

Rayuan semak semula STPM 2024 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.

Pautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia :

keputusan stpm

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.

Bayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/

Semakan Keputusan Semak Semula

Keputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!