Selamat menjawab peperiksaan bertulis kepada semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024/2025.
Peperiksaan bertulis bagi STAM 2024/2025 akan dilangsungkan pada bulan Februari 2025 mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)?
Sijil Tinggi Agama Malaysi (STAM) mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar.
Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.
Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu Peperiksaan Awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke Universiti Awam di Malaysia.
Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.
Tarikh STAM 2024/2025
Peperiksaan bagi STAM 2023 akan berlangsung pada 3 – 13 Februari 2025
Artikel berkaitan: Jadual Peperiksaan STPM 2024
Rujuk kenyataan media KPM :
Jadual peperiksaan STAM 2024/2025
Berikut merupakan jadual rasmi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024/2025 yang merangkumi jenis subjek, tarikh dan masa peperiksaan dijalankan.
JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS STAM 2024
03/02/2025 ISNIN
- INSYA’ & MUTALAAH : 08.00-10.30 AM
- ‘ARUDH & QAFIAH : 02.30-05.00 PM
04/02/2025 SELASA
- HADITH & MUSTOLAH : 08.00-10.30 AM
- BALAGHAH : 02.30-05.00 PM
05/02/2025 RABU
- ADAB & NUSUS : 02.30-05.00 PM
06/02/2025 KHAMIS
- NAHU & SARF (1) : 08.00-09.15 AM
- NAHU & SARF (2) : 10.00-12.30 TH
- HIFZUL AL-QURAN & TAJWID : 02.30-05.00 PM
10/02/2025 ISNIN
- TAUHID & MANTIQ (1) : 08.00-09.15 AM
- TAUHID & MANTIQ (2) : 10.00-12.30 TH
11/02/2025 SELASA
CUTI UMUM HARI THAIPUSAM
12/02/2025 RABU
- TAFSIR & ULUMUHU (1) : 08.00-09.15 AM
- TAFSIR & ULUMUHU (2) : 10.00-12.30 TH
13/02/2025 KHAMIS
- FIQH (2) : 10.00-12.30 TGH
- FIQH (1) : 08.00-09.15 AM
MUAT TURUN JADUAL : Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024
> Dapatkan contoh kertas soalan Kertas 1 dan Kertas 2 STAM
Arahan Umum Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan STAM 2024 di dewan/bilik peperiksaan dilarang:
- membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, kertas peperiksaan, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan
beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. - menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
- mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).
- menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.
- membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
- membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan.
Selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)!