Liga Super 2024/2025 – Jadual, Tarikh Perlawanan, LIVE Streaming

Jadual Liga Super 2024 & Tarikh Perlawanan

Liga Super, pertandingan tertinggi bola sepak kebangsaan Malaysia semakin mendapat perhatian peminat tempatan dan luar negara. Musim 2024 dijangka lebih membara dengan kemasukan beberapa pasukan baharu serta pemain import yang berbakat. Saingan untuk merangkul kejuaraan tidak akan mudah dengan aksi sengit dijangka berlaku di setiap perlawanan

Jadual Liga Super 2024 akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim JDT (Juara Liga Super 2023) dan Selangor FC (Naib juara liga Super 2023).

Tarikh perlawanan akan berlangsung pada 10 Mei 2024

Venue bagi perlawanan Piala Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 akan di adakan di Stadium Sultan Ibrahim. Iaitu venue bagi kelab juara Liga Super tahun 2023.

Johor Darul Takzim selaku juara liga super 2023, menjadikan kelab harimau selatan itu merangkul kejuaran tersebut 10 tahun berturut-turut.

Tidak mahu menjadikan kejayaan lalu sebagai satu faktor untuk kelab harimau selatan itu untuk terus dibuai lena, kelab milik TMJ itu dilihat seawal musim telah membuat persiapan awal bagi menghadapi musim 2024 dengan melalukan warm up dengan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa antaranya bersama Lion City Sailors, dan terkini bersama kelab division 3 sepanyol Real Murcia CF

Namun begitu, cabaran daripada pasukan-pasukan lain juga tidak boleh dipandang sepi memandangkan banyak pasukan telah berbelanja besar bagi menguatkan pasukan masing-masing.

Format Liga Super 2024

Jadual bagi musim 2024 melibatkan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Namun masih lagi menanti kata putus dari badan bebas, First Instance Body (FIB) mengenai jumlah kelab yang layak bertanding di dalam Liga Malaysia musim 2024/2025.

Sekiranya FIB memutuskan hanya 12 kelab yang layak, jadual akan dikemaskini semula oleh pihak MFL bagi kalendar dan jadual pertandingan Liga Malaysia yang lengkap untuk semusim.

  • Pemenang bagi perlawanan Piala Sumbangsih dalam masa sama akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super musim 2024/2025.
  • Jadual perlawanan minggu pertama sehingga minggu ke-13 (LS1-LS13) melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024/2025. Namun perubahan boleh berlaku sekiranya FIB memutuskan hanya 12 kelab sahaja layak bertanding. Keputusan FIB akan di kemaskini dalam masa terdekat
  • Siri perlawanan ujian VAR melibatkan kelab-kelab Liga Malaysia yang bakal diadakan pada 22 April hingga 5 Mei 2024 itu hanya boleh dilakukan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat kelulusan daripada FIFA
  • Sistem VAR yang bakal digunakan dalam Liga Malaysia tahun ini berkonsepkan mobil VAR
  • Kuota pemain import bagi musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4+1 (Asia)+1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan.

Senarai Pasukan

Liga_Super 2024 menyaksikan 14 pasukan antara berlawanan sesama sendiri sebanyak 2 pusingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan senarai penuh semua pasukan yang bertanding pada Liga_Super 2024:

  1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Sabah FC
  4. Kedah Darul Aman FC
  5. Sri Pahang FC
  6. Terengganu FC
  7. KL City FC
  8. PDRM FC
  9. Negeri Sembilan FC
  10. Penang FC
  11. Perak FC
  12. Kelantan Darul Naim FC
  13. Kuching City FC

Kedudukan Terkini

Kedudukan terkini Liga Super 2024-2025 | LS2

Jadual Perlawanan Minggu Ini

Musim 2024 menyaksikan perlawanan Liga Super 2024 sedikit lewat dari jadual asal berikutan perubahan tarikh pemeriksaan FIFA tersebut.

Tarikh asal jadual sepak mula ialah 3-5 Mei. Namun terpaksa di anjak kepada tarikh baru iaitu 10-12 Mei 2024.

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super pusingan kedua (LS2) akan bermula pada 17 Mei 2024.

Saksikan siaran langsung di Astro Arena Bola (803, 804), Astro Supersport HD (805), Astro GO, TV OKeY dan Sukan RTM.

Sekiranya berlaku sebarang perubahan, MFL akan mengemaskini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga Malaysia 2024/2025.

Jadual ini juga telah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut ;

  • Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Kelayakan Piala Dunia 2026);
  • Pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE);
  • Pertandingan AFC Champions League 2 (ACL2);
  • ASEAN Club Championship (Shopee Cup);
  • Pusingan kelayakan pertandingan AFC B20 2025;
  • Pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024;
  • Sukan Olimpik 2024;
  • Kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA), Sarawak2024;
  • Pergerakan logistik dan operasi VAR;
  • Perkongsian venue perlawanan (Liga Super dan Piala MFL);
  • Tempoh rehat dan perjalanan kelab.
  • Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2024/25 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

[KEMASKINI] Jadual perlawanan terkini Liga_Super boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Jadual penuh Liga Super 2024 boleh dilihat di pautan https://www.malaysianfootballleague.com

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM :

Siaran langsung di Astro Arena, Astro GO, TV2 dan Sukan RTM.

Perlawanan Siaran Langsung Liga Super 2024

Berita baik buat peminat bola sepak tempatan apabila pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dilantik sebagai Rakan Penyiar Liga Malaysia bagi musim 2024 / 2025.

Dengan itu, rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma perlawanan Liga Super 2024 tanpa perlu melanggan siaran berbayar.

Menerusi kerjasama ini, RTM akan menyiarkan siaran langsung 75 perlawanan melibatkan Perlawanan Sumbangsih, 52 perlawanan Liga Super, 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia.

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM :

Anda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi RTMklik melalui link dibawah:

Bantu kami share artikel ini: