Istiwa Adzam 15 Julai 2024 – Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

FENOMENA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT DI MALAYSIA

Pada 15 Julai 2024, Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H – 5:27 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa Adzam.

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Pengenalan

Istiwa A’dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun. Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.

Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tarikh Istiwa Adzam / Semakan Kiblat Di Malaysia

Pada tahun 2024 peristiwa Istiwa A’dzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:

  • 27 Mei 2024 jam 5:18 petang ; dan
  • 15 Julai 2024 jam 5:27 petang.

Marilah bersama membuat semakan Arah Kiblat kita semasa fenomena ini.

Sumber data:
Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2024 (AFSM 2024), JUPEM.

Cara Semakan Kiblat Pada Istiwa Adzam 15 Julai 2024

  1. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
  2. Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
  3. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan
  4. Pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my)

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang peristiwa ini, sila ikuti saluran berikut:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut