Istidraj: Maksud, Tanda-tanda, Kesan Istidraj & Contoh

istidraj
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Istidraj: Maksud, Tanda-tanda & Contoh 

Pernah tak anda alami situasi di mana seseorang yang sering melakukan maksiat tetapi diberikan rezeki yang melimpah ruah? 

Itulah yang dinamakan sebagai istidraj. Istidraj adalah merupakan sebuah istilah yang merujuk kepada satu fenomena di mana seseorang secara perlahan-lahan โ€˜diperdayakanโ€™ atau โ€˜disesatkanโ€™ oleh Allah SWT kerana keingkarannya melalui nikmat. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: 30 Contoh Ucapan Selamat Berpuasa / Background Ramadan

Maksud Istidraj

istidraj

Dari segi bahasa, istidraj diambil daripada perkataan da-ra-ja (ุฏุฑุฌ) yang bermaksud; naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. 

Secara umumnya pula, Istidraj bermaksud Allah SWT membiarkan seseorang hambaNya terus melakukan kesalahan atau dosa tanpa sebarang azab/hukuman. Allah SWT membiarkannya dan tidak disegerakan azabnya. Firman-Nya:

ุณูŽู†ูŽุณู’ุชูŽุฏู’ุฑูุฌูู‡ูู… ู…ูู‘ู†ู’ ุญูŽูŠู’ุซู ู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ

Maksudnya: โ€œKami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.โ€ – (Surah al-Qalam, ayat 44)

Bahkan, Allah limpahkan lagi dengan pelbagai nikmat dan kurniaanNya padahal ia adalah bentuk ujian untuknya. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada โ€˜Uqbah bin โ€˜Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ูŠูุนู’ุทููŠ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ู…ูŽุง ูŠูุญูุจูู‘ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูู‚ููŠู…ูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุนูŽุงุตููŠู’ู‡ู ููŽุฅูู†ูŽู‘ู…ูŽุง ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ู‡ู ุงุณู’ุชูุฏู’ุฑูŽุงุฌูŒ

Maksudnya: โ€œApabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.โ€ – Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syuโ€™ab al-Iman (4220) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110)

Tanda-tanda Istidraj

1. Mendapat Banyak Nikmat Tetapi Keimanan Tidak Bertambah/Menurun

Apabila seseorang dikurniakan nikmat yang banyak tetapi dia semakin menjauh dari Allah, maka ia boleh jadi petanda istidraj. Sesungguhnya, disebalik nikmat yang diberikan itu ada peringatan yang Allah berikan kepada seseorang.

Seseorang yang beriman akan sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat. Malah, semakin bertambah keimanannya.ย 

Tetapi hal tersebut tidak akan dirasakan oleh orang yang tidak beriman, mereka hanya akan sentiasa merasa kurang dan gelisah walaupun Allah mengurniakannya dengan nikmat yang berlimpah-ruah.ย 

2. Sukar Melakukan Ibadah  

Salah satu petanda istidraj juga ialah apabila seseorang merasakan sukar untuk melaksanakan ibadah secara konsisten walaupun mempunyai peluang dan kemudahan. Hati mereka tertarik dengan dunia dan jauh daripada akhirat. 

3. Tidak Kuat Melawan Nafsu (Kurang Iman)

Individu yang terperangkap dalam istidraj merasa sukar untuk menolak godaan atau nafsu yang membawanya kepada dosa.

4. Tidak Mahu Mendengar Nasihat

Orang yang berada dalam keadaan istidraj sering mengabaikan peringatan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain untuk bertaubat atau meninggalkan perbuatan dosa.

Mereka merasakan apa yang dilakukan tidak mengundang murka Allah kerana nikmat yang diperolehinya.ย 

5. Jarang sakit

Sakit adalah merupakan penghapus dosa. Jadi, apabila seseorang jarang jatuh sakit boleh jadi ia merupakan tanda istidraj. Allah membiarkannya melakukan kesalahan tanpa segera menampakkan hukuman yang nyata. 

Contoh-contoh istidraj

Dengan mengenali tanda-tanda istidraj, kita dapat menghindari jatuh ke dalam perangkap dosa yang berpanjangan dan meraih keampunan serta rahmat Allah SWT. Berikut ialah contoh-contoh istidraj:

1. Berjaya dalam kerjaya walaupun tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat semasa di tempat kerja. 

2. Seseorang yang kerap meminum arak tetapi tidak mengalami sebarang kesan buruk yang ketara dalam hidupnya atau kesihatannya. 

3. Kaya walaupun rezeki tersebut datangnya daripada sumber yang haram. 

4. Orang yang terus melakukan dosa-dosa besar seperti zina atau riba tetapi tidak merasakan keinginan untuk bertaubat. 

5. Seseorang yang terus mencari kekayaan melalui cara yang tidak halal tetapi masih mendapat kejayaan material tanpa mengalami kesulitan atau rintangan yang besar .

6. Individu yang terus mencapai kejayaan dalam kehidupan tanpa bersusah payah atau bekerja keras, walaupun dia terus melakukan dosa. 

7. Individu yang terus merasakan ketenteraman dalam hati tanpa merasakan rasa bersalah atas dosa-dosa yang dilakukannya.

8. Seseorang yang terus melakukan perbuatan jahat tetapi tidak didedahkan atau dikenali oleh masyarakat umum atau pihak berkuasa. 

9. Seseorang yang mendapat kejayaan dan kekayaan tetapi tidak pernah merasa puas atau bahagia walaupun berjaya mencapai apa yang diinginkannya.

10. Seseorang yang merasa selesa dalam hidupnya tanpa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan terus melakukan dosa-dosa. 

Kesan dan implikasi

Allah SWT berfirman:

ููŽู„ูŽู…ูŽู‘ุง ู†ูŽุณููˆุง ู…ูŽุง ุฐููƒูู‘ุฑููˆุง ุจูู‡ู ููŽุชูŽุญู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจูŽ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ูฐ ุฅูุฐูŽุง ููŽุฑูุญููˆุง ุจูู…ูŽุง ุฃููˆุชููˆุง ุฃูŽุฎูŽุฐู’ู†ูŽุงู‡ูู… ุจูŽุบู’ุชูŽุฉู‹ ููŽุฅูุฐูŽุง ู‡ูู… ู…ูู‘ุจู’ู„ูุณููˆู†ูŽ

Maksudnya: Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Anโ€™am ayat 44 ini, begitu dahsyat sekali Allah akan menarik nikmat hambanya yang tidak bersyukur dan tidak bertaubat dengan dosa-dosa yang dilakukan. 

Antara kesan-kesan istidraj ialah:

  • Terus melakukan dosa
  • Kehilangan rahmat Allah
  • Tidak dikurniakan ketenangan
  • Sentiasa merasa gelisah 
  • Tidak merasa cukup dengan apa yang dikurniakan walaupun melimpah ruah

Semoga dengan perkongsian kali ini, dapat menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur atas begitu banyak nikmat yang Allah kurniakanย kepada kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami diย e-Central (Agama)ย danย Taqwa.

Sumber:

  1. Al-Afkar #53: Bagaimana Membezakan Antara Istidraj dan Kurniaan Allah SWT? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #2325: Maksud Istidraj. Maktabah Al Bakri
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut