iRakyat merupakan perkhidmatan online banking atau perbankan internet yang disediakan oleh pihak Bank Rakyat bagi para pelanggan mereka.
Perkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.
Aplikasi ini memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.
Perkhidmatan ini sama sahaja dengan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh bank-bank lain seperti yang berikut:
- Maybank2u – Maybank
- CIMB Clicks – CIMB Bank
- PBe – Public Bank
Apa itu iRakyat?
iRakyat (Bank Rakyat online) ialah cara yang mudah dan selamat untuk melaksanakan perkhidmatan perbankan internet anda yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.
iRakyat boleh diakses melalui:
- Pelayar Internet untuk perbankan internet dalam talian
- Peranti mudah alih untuk Perbankan Mudah Alih
iRakyat boleh diakses dua puluh empat (24) jam, tujuh (7) hari seminggu dan menyediakan akses selamat yang pantas kepada semua keperluan perbankan anda.
Pendaftaran dan akses
Untuk menggunakan fungsi yang terdapat pada iRakyat iaitu Bank Rakyat online, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk akaun iRakyat melalui Perbankan Internet Dalam Talian iRakyat.
Anda boleh mendaftar akaun iRakyat menggunakan:
- Kad Debit-i / Kad Kredit-i
- ID Sementara (tanpa Kad Debit-i / Kad Kredit-i)
Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk Perbankan Internet Dalam Talian dan Perbankan Mudah Alih.
Aplikasi mudah alih
Bagi kemudahan semua pelanggan, anda boleh mengakses sistem iRakyat dengan lebih pantas dan efisien daripada aplikasi iRakyat Mobile Banking.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pauta yang berikut:
- Google Play – Android
- App Store – iOS
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Terdapat pelbagai kemudahan perbankan yang boleh diakses melalui sistem bank rakyat online ini:
- Lihat paparan akaun simpanan dan semasa
- Pemindahan wang
- Urusan Tabung Haji
- Bayaran bil
- Bayaran pinjaman
- Urusan kad kredit
- Tambah nilai akaun prabyar
- Permohonan secara online (kad kredit, pinjaman peribadi an sebagainya
- Kiriman wang
- … dan banyak lagi
Pengaktifan iRakyat
Pengaktifan bagi akaun iRakyat kini lebih mudah dan boleh dibuat melalui msin ATM Bank Rakyat.
Sila ikuti panduan berikut untuk langkah pengaktifan iRakyat, sistem perbankan onlin Bank Rakyat:
1- Masukkan Kad Debit-i atau Kad Kedit-i anda.
2- Pilih bahasa pilihan anda.
3- Masukkan nombor Pin Kad Debit-i atau Kad Kedit-i anda.
4- Pilih ‘Lain-Lain.’
5- Pilih ‘Bank Rakyat.’
6- Pilih ‘ATM’ (jika berkenaan)
7- Pilih ‘Perbankan Internet.’
8- Pilih ‘Permohonan ID Sementara.’
9- ID sementara akan dipaparkan di skrin dan dihantar menerusi SMS ke nombor telefon mudah alih berdaftar pelanggan.
Untuk mengaktifkan di aplikasi, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1-Muat turun aplikasi perbankan mudah alih iRakyat di Apple App Store atau Google Play Store.
2- Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat, pelanggan akan menerima ID sementara.
3- Lakukan pendaftaran iRakyat. Masukkan ID sementara dan kod SMS yang telah diterima.
4- Pendaftaran iRakyat selesai. Akses di iRakyat adalah terhad kepada paparan maklumat akaun sahaja (view only).
5- Buka aplikasi perbankan mudah alih iRakyat.
6- Lengkapkan butiran profil di aplikasi perbankan mudah alih iRakyat.
7- Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat untuk pengaktifan aplikasi perbankan mudah alih iRakyat.
8- Tempoh bertenang selama 12 jam.
9- Selepas 12 jam, pelanggan kini dapat mengakses iRakyat sepenuhnya.
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai aplikasi ini (Bank Rakyat Online), sila hubungi pegawai khidmat pelanggan Bank Rakyat yang bertugas 24 jam melalui saluran berikut:
- Emel: [email protected]
- Telefon: 1-300-80-5454
Baca juga: Akaun AFFIN Kenyalang: Buka Akaun Bank Tanpa Deposit