Buat peniaga sekalian! Iskandar Malaysia Youth Hub (HAB) kini sedang menawarkan Geran RM5000, Elaun Serta Latihan Kemahiran bernilai sehingga RM 1,000,000 khas untuk usahawan belia melalui program IMYES.
Berminat?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program IMYES di bawah Iskandar Malaysia Youth Hub (HAB) ini untuk makluman bersama.
Apakah IMYES?
Skim Usahawan Belia Iskandar Malaysia (IMYES) adalah inisiatif oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB), bersempena dengan Kempen Peringatan ke-15 IRDA, yang mensasarkan belia tempatan yang telah terkena dampak COVID-19 pandemik dan penutupan sempadan.
Program ini menawarkan 8 bengkel keusahawanan dan dana modal permulaan bernilai RM 5,000 hingga 100 peserta yang berjaya.
Di samping itu, semua peserta berhak menerima elaun kehadiran sekiranya mereka berjaya menyelesaikan semua bengkel yang disediakan.
Skop pembiayaan terdiri dari mesin dan peralatan, pemasaran dan promosi, digitalisasi, pembelian kredit, dan stok.
Baca juga: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Syarat Permohonan
Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat permohonan geran IMYES ini :
- Geran (sehingga RM5,000) adalah untuk kegunaan membeli mesin dan peralatan, barang-barang mentah, pembelian kredit, dan untuk tujuan promosi dan pemasaran.
- Warganegara Malaysia, berumur di antara 18 dan 35 tahun dan menetap di Johor.
- Mesti menghadiri sesi penerangan sebelum membuat permohonan supaya mendapat penjelasan yang lebih mendalam.
- Hanya mereka yang berjaya dalam permohonan akan diberi makluman.
- Mesti menghadiri 8 modul latihan kemahiran sebelum menerima geran.
- Elaun kehadiran akan diberikan selepas latihan kemahiran.
- Tarikh tutup pendaftaran borang bagi yang berminat adalah pada: 14 Oktober 2021
Terma & Syarat Permohonan
- Perniagaan yang dilaksanakan mestilah mematuhi Syariah.
- Skop pemberian itu terdiri daripada mesin dan peralatan, pemasaran dan promosi, digitalisasi, pembelian kredit dan stok.
- Hanya mereka yang menyerahkan borang pendaftaran yang lengkap dan dokumen yang diperlukan akan dipertimbangkan untuk Proses Pemilihan.
- Semua pemohon yang berminat dikehendaki menghadiri sesi taklimat untuk menerima borang pendaftaran.
- Sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa IMYES adalah muktamad.
- Terhad untuk 100 pemohon.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang online.
Sila klik link di sini untuk info lebih lanjut : http://www.iskandarmalaysia.com.my/hab/imyes
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut, boleh contact mereka di no, 012 345 4695 (Cik Mila) atau 013 746 8594 (Encik Azman)
- FB Page : https://www.facebook.com/johoryouthhub
- IG Page : https://www.instagram.com/johoryouthhub/
Baca juga: i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan