ILKKM: Elaun Pelatih Separa Perubatan

Berapakah elaun yang diberikan kepada Pelatih Separa Perubatan?

Separa Perubatan atau lebih dikenali sebagai Paramedik adalah seorang individu atau staf kakitangan terlatih dan berkemahiran dalam memberi pertolongan cemas dan sokongan kesihatan di klinik/hospital kerajaan dan pusat kesihatan swasta.

Dalam kata lainnya, mereka adalah staf sokongan kepada pengamal perubatan tradisional dalam menyediakan kemudahan perubatan atau dalam menghadapi keadaan kecemasann di hospital.

Individu yang berminat dalam bidang ini perlulah menjalani menjalani latihan Separa Perubatan di mana-mana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Elaun Latihan Pelatih Separa Perubatan

Menariknya, individu yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang separa perubatan ini turut akan diberikan elaun pelatih separa perubatan sepanjang latihan.

Pemberian biasiswa dan elaun bagi calon pelatih Latihan Separa Perubatan tajaan KKM adalah seperti berikut:

1. Peringkat Diploma

Biasiswa / ElaunJumlah
Biasiswa835.57 / sebulan
Elaun Buku250.00 / sekali setahun
Elaun Perkakas25.00 / sekali sepanjang
pengajian
Elaun Kertas Projek90.00 / sekali setahun
Elaun Jahitan45.00 / sepasang

2. Peringkat Sijil

Biasiswa / ElaunJumlah
Biasiswa755.06 / sebulan
Elaun Buku240.00 / sekali setahun
Elaun Perkakas25.00 / sekali sepanjang
pengajian
Elaun Kertas Projek80.00 / sekali setahun
Elaun Jahitan45.00 / sepasang

Tuntutan tambang perjalanan

Selain elaun yang disenaraikan di atas, calon pelatih tajaan KKM layak untuk menuntut tambang perjalanan sekali semasa lapor diri di ILKKM dan sekali lagi apabila tamat latihan.

Rawatan perubatan

Calon pelatih tajaan KKM adalah layak untuk mendapat rawatan perubatan percuma setiap kali mendapatkan rawatan di Hospital-hospital Kerajaan sepanjang tempoh latihan dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, calon pelatih tajaan KKM berkelayakan untuk Wad Kelas Dua.

Artikel berberkaitan: SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023

Elaun bagi pelatih bukan tajaan KKM

Elaun dan kemudahan yang disenaraikan di atas hanya lagi bagi pelatih separa perubatan di bawah tajaan KKM sahaja.

Bagi pegawai dari Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, segala perbelanjaan dan tanggungan sepanjang latihan adalah di bawah tanggungjawab Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi masing-masing.

Pihak KKM / ILKKM tidak menyediakan elaun dan biasiswa, kemudahan asrama (penginapan), penyediaan makanan (makan/minum) dan pakaian seragam yang diperlukan oleh pegawai sepanjang tempoh Latihan Separa Perubatan ini.

Maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Elaun Pelatih Separa Perubatan, anda boleh rujuk panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM di bawah:

> GARIS PANDUAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (pdf)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!