Institut Kemahiran MARA: Senarai Lokasi IKM & Kursus Ditawarkan

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi Sesi Januari 2023 kini dibuka!

Tahukah anda apakah syarat kemasukan ke Institut Kemahiran MARA dan kursus yang ditawarkan di sini?

Jom kami kongsikan info lanjut serta kelebihan yang bakal anda terima.

Apakah Institut Kemahiran MARA?

Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi di samping menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri.

Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Institut Kemahiran MARA (IKM) menawarkan program Sijil. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa IKM yang menawarkan program Diploma.

Jenis kluster yang disediakan di IKM antaranya termasuklah:

  • Elektronik
  • Alam Bina
  • Seni Dan Rekabentuk
  • Automotif
  • Awam
  • Elektrik
  • Mekanikal Pembuatan
  • Minyak Dan Gas
  • Mekanikal Servis

Kesemua program berkenaan dijalankan secara sepenuh masa. Calon pelajar hendaklah berusia 17 tahun hingga 45 tahun.

Syarat Kelayakan / Kemasukan

Syarat minimum untuk program Sijil adalah sekurang-kurangnya Lulus SPM atau setara dengannya. Manakala, syarat minimum untuk program Diploma adalah sekurang-kurangnya lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut : Matematik, Kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/ MPV / MPAV, mata pelajaran lain dan lulus Bahasa Inggeris

Syarat kemasukan khusus adalah berlainan mengikut program yang ditawarkan.

Program Yang Ditawarkan

Sila rujuk lampiran di bawah untuk melihat senarai program yang ditawarkan berserta syarat kelayakan minimum bagi setiap program.

RUJUK BOOKLET IKM :

http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm/index-h5.html#page=1

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi sesi Januari 2023 dibuka bermula 3 Oktober hingga 30 Oktober 2022.

Lokasi Institut Kemahiran MARA

Terdapat 14 IKM di seluruh Malaysia iaitu:

ZON UTARA

  1. IKM Beseri – Perlis
  2. IKM Alor Setar – Kedah
  3. IKM Sik – Kedah
  4. IKM Sungai Petani – Kedah
  5. IKM Seberang Perai Utara – Pulau Pinang

ZON TENGAH

  1. IKM Lumut – Perak
  2. IKM Kuala Lumpur – KL

ZON TIMUR

  1. IKM TSYA – Pahang
  2. IKM Besut – Terengganu

ZON SELATAN

  1. IKM Johor Bahru – Johor
  2. IKM Jasin – Melaka

ZON MALAYSIA TIMUR

  1. IKM Kuching – Sarawak
  2. IKM Kota Kinabalu – Sabah
  3. IKM Bintulu – Sarawak

Cara Permohonan Kemasukan Ke IKM

Sila layari:https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/ikm

Sila Klik apponline.mara.gov.my 

atau upu.mohe.gov.my

TUTORIAL ISI BORANG ONLINE UNTUK KEMASUKAN KE IKM

https://www.youtube.com/watch?v=dwZRSv4IUBA

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati di Portal TVET MARA.

Baca juga: Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!