Advertisements

Iklan Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP 2022

Advertisements

HEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2022 MELALUI MYSPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap bagi tahun 2022!

Calon yang berminat boleh membaca syarat kelayakan, mendaftar, memohon dan mengemaskini permohonan secara atas talian melalui Portal SPP.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan yang ditawarkan:

Jawatan guru dg41 2022 myspp

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru DG41 SPP 2022

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperolehi Keputusan Senat Universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan Pendidikan yang berminat hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum memohon atau mengemas kini maklumat permohonan.

 3.  Graduan Pendidikan yang TIDAK LAYAK MEMOHON adalah seperti berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

        (i)     Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;

        (ii)    Guru Interim;

        (iii)   Guru Kontrak (Lantikan SPP);

        (iv)   Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

        (v)    Bukan seorang bankrap; dan

        (vi)    Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

Baca juga: Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Cara Permohonan

Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat-syarat lantikan dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 27 Mei 2022 (Jumaat).

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. 

Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk pautan: https://www.spp.gov.my/ms/login-pengumuman-berita-terkini/pengumuman-2022/pengumuman-guru/1195-hebahan-permohonan-jawatan-tetap-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-bagi-graduan-pendidikan-tahun-2022

Leave a Comment