Tidak hanya sedap masak, ikan keli juga mudah dipelihara dan mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis-jenis ikan keli dan khasiatnya kepada kesihatan.
Baca juga:
Apa itu ikan keli?
Ikan keli merupakan salah satu dari ikan air tawar di Asia Tenggara yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan dan menjadi pilihan dalam penternakan akuakultur.
Ia dikatakan mudah untuk dipeliharan dalam kuantiti yang banyak kerana ikan ini tidak memerlukan kawasan yang luas, boleh hidup subur dalam keadaan air yang keruh, tidak mudah diserang penyakit dan hanya memerlukan penjagaan yang minima.
Jenis-jenis dan spesis
1. Keli kayu (Clarias batrachus)
Antara spesis keli yang paling banyak ditemui sekitar Malaysia sebelum kemunculan keli Afrika (pendatang).
Memiliki penampilan badan yang banyak bintik halus wana badan bergantung pada keadaan habitat.
2. Keli bunga (Clarias macrocephalus)
Merupakan spesis yang mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan keli Afrika yang lazimnya mempunyai kepala lebih besar dan kurang sedap bila dimakan.
Spesis ini banyak ditemukan di sawah-sawah dan sungai-sungai di Malaysia.
3. Keli lembut (Clarias meladerma)
Ia memiliki penampilan hampir sama dengan keli bunga dengan badan yang bertompok-tompok hitam yang tidak sekata.
Namun, corak tersebut bergantung pada keadaan habitatnya juga.
4. Keli dacing (Clarias leiacanthus)
Spesis yang selalu di salah anggap sebagai keli limbat, nama bezanya adalah dari segi saiz badan yang tidak terlalu panjang.
Sirip dorsalnya pun tidak jejak atau bersambung ke ekor seperti ikan limbat.
5. Keli limbat (Clarias nieuhofii)
Keli limbat memiliki bentuk badan yang panjang berbanding spesis keli yang lain. Sirap dorsalnya jejak dan bersambung sehingga ke ekor.
6. Keli batu (Clarias batu)
Spesis ikan keli endemik ini wujud di Pulau Tioman sahaja. Ia memiliki penampilan badan yang sedikit panjang dan bintiknya kelihatan seperti keli dacing.
7. Keli redang (Clarias sulcatus)
Seperti mana namanya juga, ikan keli redang hanya wujud di Pulau Redang sahaja.
Ia memiliki fizikal yang hampir sama dengan keli kayu. Namun yang membezakannya adalah jumlah pecahan sirip dubur.
8. Keli bilah (Enchloclarias sp.)
Ini adalah spesis keli dari genus enchloclarias. Terdapat 4 spesis di Malaysia seperti e.curtisoma, e.kelioides, e.prolatus, dan e.baculum.
Ia memiliki sirap dorsal yang berbeza berbanding keli biasa, sirip dorsalnya pendek dan tidak sampai ke pangkal ekor.
9. Keli Afrika (Clarias gariepinus)
Ini adalah ikan keli pendatang yang berasal dari Afrika. Kesan dan pelepasan spesis keli ini di perairan telah menjadi salah satu spesis invasif dan punca kerosakan ekosistem serta biodiversiti.
10. Keli Sabah (Clarias anfractus)
Spesis ini hanya wujud di negeri Sabah dan agak kurang ditemui di semenanjung. Ia memiliki penampilan seakan keli dacing.
Namun ada perbezaan yang terperinci. Antaranya dari corak bintik dan beza duri sirip pektoral.
11. Keli kepala pipih (Clarias planiceps)
Spesis ini hanya wujud di negeri Sarawak dan agak kurang ditemui di semenanjung. Ia memiliki penampilan seakan keli dacing.
Namun ada perbezaan yang terperinci khususnya dari segi bentuk kelapa dan sirip pektoralnya.
Kandungan nutrisi ikan keli
Setiap 85 gram ikan keli mengadungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Nutrien | Jumlah |
---|---|
Kalori | 101 |
Jumlah lemak | 5.1 gram |
Kolesterol | 47 mg |
Natrium | 83 mg |
Potasium | 257 mg |
Karbohidrat | 0 gram |
Protein | 13 gram |
Kalsium | 0.7% |
Zat besi | 1.1% |
Khasiat dan manfaat
Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Rendah kalori
Ikan keli hanya mempunyai kira-kira 98 kalori bagi setiap 100 gram, menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang sedang mengamalkan pemakanan diet seimbang.
Ia juga sesuai dijadikan pilihan untuk menggantikan sumber protein lain seperti ayam dan daging.
2. Sumber protein yang terbaik
Seperti kebanyakan spesis ikan lain juga, ikan keli mengandungi 13 gram protein bagi setiap 100 gram pengambilan.
Di mana ia mewakili 26% daripada kuantiti harian yang disyorkan. Protein adalah penting untuk mengekalkan dan mengembang sel dan tisu.
3. Tinggi dengan vitamin B12
Kebanyakkan dari kita tidak mengambuk cukup vitamiin B12 iaitu sejenis sebatian penting untuk fungsi saraf, metabolisme sel dan penghasilan DNA.
Justeru itu, pengambilan ikan keli adalah pilihan yang terbaik kerana ia mengandungi kadar vitamin B123 yang tinggi melebihi nilai yang disyorkan harian dalam satu hidangan 100 gram.
4. Membekalkan lemak yang sihat
Walaupun ikan ini mempunyai sedikit lemak tepu, ia juga membekalkan banyak lemak yang sihat.
Selain itu, ikan ini juga diketahui mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu untuk mencegah penyakit jantung, demensia dan kanser.
5. Boleh meningkatkan sistem imun
Spesis ikan ini mempunyai banyak kandungan vitamin D yang berperanan penting dalam badan untuk meningkatkan sistem imun.
Kajian pakar juga menyarankan orang ramai untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi bagi mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik.
Aneka resepi ikan keli
Berikut adalah antara resepi yang menarik untuk anda cuba di rumah:
1. Ikan keli goreng berlada
Bahan-bahan:
- Dua ekor ikan keli (digoreng)
- 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
- 4 biji bawang merah kecil (dikisar)
- 4 biji cili besar merah (dikisar)
- 8 biji cili padi (dikisar)
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit kunyit (dikisar)
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng ikan keli dalam kuali menggunakan api sederhana besar.
- Bila ikan keli siap digoreng, alihkan ke dalam pinggan dan biarkan dahulu.
- Tumiskan semua bahan yang dikasar/ditumbuk tadi ke dalam kuali sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Jika anda mahu tekstur kuah ladanya sedikit pekat, boleh tambahkan sedikit kicap.
- Akhir sekali, tuangkan tumisan kuah berlada tadi ke atas ikan keli yang sudah digoreng.
2. Ikan keli masak lemak
Bahan-bahan:
- Ikan keli
- Serbuk kunyit
- Garam
- Kunyit hidup (ditumbuk)
- Cili padi (ditumbuk)
- Serai (dihiris besar)
- Daun kunyit (dihiris halus)
- Chicken stock
- Asam keping
- Santan
Cara memasak:
- Ikan keli yang sudah diperasakan dengan garam dan kunyit perlu digoreng terlebih dahulu.
- Bila ikan keli siap digoreng, alihkan ke dalam pinggan dan biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan bahan yang sudah ditumbuk di dalam kuali bersama sedikit air. Didihkan selama 5 minit.
- Masukkan hirisan serai, daun kunyit, dan asam keping.
- Masukkan santan dan didihkan sebentar sambil dikacau.
- Masukkan ikan yang sudah digoreng dan perasakan dengan sedikit garam dan chicken stock.
- Biarkan ia didih seketika dan kacau sehingga masak.
3. Ikan keli bakar percik
Bahan-bahan:
- 6 ekor ikan keli (dibersihkan)
- 5 cawan santan
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
- 3 batang serai (ditumbuk/dikisar)
- 1 1/2 inci halia (ditumbuk/dikisar)
- Asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan santan dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar, garam dan asam keping ke dalam kuali.
- Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat.
- Masukkan sedikit gula dan kacau sehingga sebati dan masak.
- Anda boleh sapukan kuah percik ini semasa membakar ikan keli.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat dan resepi ikan keli ini idapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Panduan Ringkas Tatacara Penghasilan dan Pemeliharaan Ikan Keli. Jabatan Perikanan
- Is Catfish Healthy? Nutrients, Benefits, and More. Healthline