Ihtifal Ilmi 2025: Tarikh, Acara & Syarat Penyertaan

ihtifal ilmi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) merupakan sebuah pertandingan yang menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik dari sekolah-sekolah menengah agama seluruh negara.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri yang terpilih sebagai tuan rumah.

Mengenai Majlis Ihtifal Ilmi

MIISMAM mula diperkenalkan pada tahun 2014 oleh JAKIM sebagai satu inisiatif untuk memperkasa pendidikan Islam di peringkat menengah.

Program ini dirangka khusus untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara.

MIISMAM juga menjadi wadah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang keilmuan dan kesenian Islam, serta memperkukuh ukhuwah antara sekolah-sekolah agama di Malaysia.

Selain itu, MIISMAM bertujuan menyediakan platform pertandingan ilmiah yang berteraskan nilai-nilai Islam, meliputi pelbagai bidang seperti tilawah al-Quran, hafazan, syarahan, bahas, khat, kitab turath dan nasyid.

Objektif Penganjuran

Objektif penganjuran MIISMAM adalah untuk:

  • Menyemarakkan budaya ilmu dan dakwah Islamiah dalam kalangan pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia selaras dengan kehendak pendidikan Islam yang holistik.
  • Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid dalam pelbagai bidang seperti pidato, penulisan, hafazan, nasyid, syarahan, dan seni persembahan Islami.
  • Memupuk semangat ukhuwah dan jalinan kerjasama antara sekolah menengah agama dari seluruh negara melalui pertandingan yang sihat dan beretika.
  • Mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum yang berasaskan ilmu dan nilai-nilai murni Islam sebagai pelengkap kepada kecemerlangan akademik.
  • Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid melalui penyertaan dalam aktiviti yang mencabar minda, emosi dan spiritual secara seimbang.
  • Menyokong agenda pemerkasaan pendidikan Islam di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama negeri-negeri.
  • Menjadi platform pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar yang berteraskan nilai-nilai akhlak Islam, keilmuan dan adab.

Tarikh Pertandingan

Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah pada 20-22 Jun 2025 yang akan berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak.

Acara Dipertandingkan

Untuk tahun 2025, terdapat tiga acara baharu yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Kalam Jamai’e, Forum, dan Inovasi.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  • Tilawah al-Quran (Lelaki & Perempuan)
  • Hafazan al-Quran (Lelaki & Perempuan)
  • Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki & Perempuan)
  • Syarahan Bahasa Inggeris (Lelaki & Perempuan)
  • Syarahan Bahasa Arab (Lelaki & Perempuan)
  • Khat (Lelaki & Perempuan)
  • Nasyid (Lelaki sahaja)
  • Kalam Jamai’e (Perempuan sahaja)
  • Forum (Terbuka)
  • Inovasi (Terbuka)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Murid yang bersekolah sepenuh masa di SMAN, SMAR dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah layak menyertai pertandingan MIISMAM.
  • MIISMAM hanya boleh disertai oleh warganegara Malaysia sahaja. Murid yang BUKAN warganegara Malaysia hanya dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Syarat Penyertaan

Syarat penyertaan untuk memasuki pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Peserta hanya dibenarkan mewakili negeri peserta tersebut belajar.
  • Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan bagi setiap kategori sahaja.
  • Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
  • Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
  • Bagi acara Tilawah dan Hafazan al-Quran kategori perempuan dibenarkan membawa seorang peserta simpanan.

Garis Panduan Penganjuran

Garis pandungan penganjuran pertandingan ini boleh dirujuk seperti file di bawah:

Buku Program

Buku program bagi pertandingan ini boleh dirujuk seperti berikut:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman web https://sites.google.com/view/miismam2025.

Baca juga: Ihtifal Lughawi 2024: Garis Panduan, Acara, Tema

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut