Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) merupakan salah satu sistem yang penting bagi ibu bapa dan murid mengakses beberapa aplikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan lebih mudah.
Selain itu, sistem ini juga penting bagi proses pendaftaran Tahun 1 untuk ibu bapa bagi mendaftarkan anak mereka.
Mengenai idMe
idMe merupakan sistem yang menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.
Menariknya, sistem ini merupakan merupakan pintu gerang untuk masuk ke Modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
Setiap pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.
Sistem ini juga menggunakan penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke idMe secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.
Kepentingan idMe
Kepentingan sistem ini adalah seperti berikut:
- Penyelarasan Akses: Memudahkan akses kepada pelbagai sistem dan aplikasi pendidikan hanya dengan satu akaun sahaja.
- Pengurusan Data Berpusat: Bertindak sebagai pusat data bagi semua pengguna dalam sistem pendidikan.
- Keselamatan Data: Memastikan data pengguna selamat dan terjamin dengan proses pengesahan identiti yang ketat.
- Pengesahan Pengguna: Pengesahkan identiti pengguna sebelum mereka dapat mengakses sistem atau maklumat tertentu, mencegah akses tanpa kebenaran.
- Integrasi Sistem: Integrasi antara pelbagai sistem pendidikan, membolehkan perkongsian data yang lancar dan berkesan.
- Akses Mudah: Akses mudah kepada ibu bapa, pelajar, dan guru kepada maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pelajar, semakan keputusan, dan lain-lain.
- Pendaftaran Pelajar: Proses pendaftaran pelajar baru, terutamanya untuk Tahun 1 dengan mudah melalui platform yang terpusat dan efisien.
- Kemudahan Pentadbiran: Pentadbir sekolah dan pihak KPM dapat menguruskan data pelajar, guru, dan kakitangan yang lebih cekap.
- Pemantauan dan Penambahbaikan: Pemantauan daripada KPM secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik.
- Penyelesaian Masalah:Menyediakan panduan untuk menyelesaikan masalah log masuk yang mungkin dihadapi oleh pengguna.
Sistem Yang Boleh Diakses
Sistem ini boleh diakses menerusi platform ini adalah seperti berikut:
- Pengurusan Awam
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Institusi
- Pengurusan Pentaksiran
- Pengurusan Guru
- Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
idMe Murid Tahun 1
Untuk murid yang ingin memohon kemasukan Tahun 1 di sekolah-sekolah di bawah KPM, permohonan mestilah dibuat menerusi sistem ini:
- Layari portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik “Pengguna Baru.”
- Klik “Daftar Pengguna.”
- Klik “Daftar”
- Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.
- Teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik “Permohonan Baharu.”
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Masukkan maklumt-maklumat berikut:
– Maklumat murid
– Maklumat kesihatan
– Maklumat penjaga - Kemudian, klik butang “Simpan dan Seterusnya”
- Pergi ke menu “Perakuan.”
- Klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan dipaparkan.
Cara Kemaskini Maklumat Murid
Untuk mengemaskini maklumat murid menerusi sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal https://idme.moe.gov.my/login
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (KP) ibu bapa atau penjaga dan kata laluan.
- Di bahagian menu kiri skrin, klik “Aplikasi”.
- Klik “Pengurusan Awam” dari senarai aplikasi yang dipaparkan.
- Klik ikon “Pengurusan Awam” untuk mengakses sistem pengemaskinian maklumat.
- Isi semua maklumat dengan betul.
- Klik ‘Pengesahan’ setelah semua maklumat diisi.
- klik “Simpan” untuk memastikan data baharu dikemas kini.
- Mesej pengesahan akan dipaparkan menyatakan “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini” dan klik “Ok.”
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://idme.moe.gov.my/login.
Baca juga: idMe Ibu Bapa: Kepentingan & Cara Daftar