Sistem Pengurusan Identiti atau idMe merupakan sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan guru, ibu bapa atau pelajar untuk mengakses sistem pendidikan di bawah KPM.
Dengan adanya sistem ini, ia akan memudahkan terutamanya ibu bapa dalam membuat pendaftaran atau mengemaskini data pelajar.
Apa Itu IdMe?
idMe merupakan sistem yang menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.
Menariknya, sistem ini merupakan merupakan pintu gerang untuk masuk ke Modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
Setiap pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.
Sistem ini juga menggunakan penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke idMe secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.
Kepentingan idMe
Kepentingan sistem ini adalah seperti berikut:
- Penyelarasan Akses: Memudahkan akses kepada pelbagai sistem dan aplikasi pendidikan hanya dengan satu akaun sahaja.
- Pengurusan Data Berpusat: Bertindak sebagai pusat data bagi semua pengguna dalam sistem pendidikan.
- Keselamatan Data: Memastikan data pengguna selamat dan terjamin dengan proses pengesahan identiti yang ketat.
- Pengesahan Pengguna: Pengesahkan identiti pengguna sebelum mereka dapat mengakses sistem atau maklumat tertentu, mencegah akses tanpa kebenaran.
- Integrasi Sistem: Integrasi antara pelbagai sistem pendidikan, membolehkan perkongsian data yang lancar dan berkesan.
- Akses Mudah: Akses mudah kepada ibu bapa, pelajar, dan guru kepada maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pelajar, semakan keputusan, dan lain-lain.
- Pendaftaran Pelajar: Proses pendaftaran pelajar baru, terutamanya untuk Tahun 1 dengan mudah melalui platform yang terpusat dan efisien.
- Kemudahan Pentadbiran: Pentadbir sekolah dan pihak KPM dapat menguruskan data pelajar, guru, dan kakitangan yang lebih cekap.
- Pemantauan dan Penambahbaikan: Pemantauan daripada KPM secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik.
- Penyelesaian Masalah: Menyediakan panduan untuk menyelesaikan masalah log masuk yang mungkin dihadapi oleh pengguna.
Sistem Yang Boleh Diakses
Sistem in boleh diakses menerusi platform ini adalah seperti berikut:
- Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
- Pengurusan Awam
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Institusi
- Pengurusan Pentaksiran
- Pengurusan Guru
Cara Daftar idMe Ibu Bapa
- Layari portal di https://idme.moe.gov.my/login
- Klik“Daftar Baru” untuk proses pendaftaran.
- Isikan maklumat berikut:
– Pilih “Ibu Bapa / Penjaga”
– Masukkan nombor kad pengenalan
– Masukkan nama penuh
– Masukkan alamat emel
– Masukkan no telefon yang boleh dihubungi. - Masukkan kod pengesahan Captcha.
- Klik pada kotak “Saya bukan robot.”
- Klik butang “Daftar.”
- Semak emel anda untuk mesej pengesahan dan klik pautan pengaktifan yang diberikan.
- Masukkan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama. Ibu bapa perlu menukar kepada kata laluan baharu untuk keselamatan.
Akses Lupa Kata Laluan
Bagi ibu bapa yang lupa kata laluan, sila ikuti langkah-langkah ini:
- Klik “Lupa Kata Laluan.”
- Masukkan alamat emel yang betul.
- Masukkan captcha dan klik butang “Hantar Tetapan.”
- Semak emel untuk penetapan semula kata laluan.
- Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
- Masukkan maklumat emel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
- Masukkan captcha dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan.”
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://idme.moe.gov.my/login.