Berita gembira untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan apabila bantuan i-Fitri Perantau 2023 akan mula dibuka permohonannya pada 6 hingga 20 April secara atas talian melalui i-Bantuan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan i-Perantau Terengganu yang boleh dimohon oleh anak perantau yang layak.
Apakah Bantuan i-Fitri Perantau?
i-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak sempena Hari Raya Aidilfitri.
Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau dibuka bermula 6-20 April 2023.
Jumlah Bantuan i-Fitri Perantau 2023
- RM300 – Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500
Syarat Kelayakan
SYARAT UTAMA
- Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)
- Permohonan dibuat secara online melalui sistem iBantuan.
SYARAT KELAYAKAN
- Pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).
- Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti permohonan selesai.
- Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.
Cara Permohonan i-Fitri Perantau 2023
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/
DOKUMEN LAMPIRAN
Pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan:
- Salinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan
- Salinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan
- Salinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air
*Muatnaik (upload) dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.
Maklumat Lanjut
Maklumat permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu dan rujuk HOTLINE berikut:
HOTLINE : 011 – 533 200 15 / 010 – 818 22 31
Laman web permohonan : https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Baca juga: