Huruf Jawi – Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah

Huruf Jawi - Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Huruf Jawi – Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah

Huruf jawi telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai salah satu langkah memelihara warisan tulisan tradisional Melayu. 

Untuk pengetahuan anda, huruf Jawi telah pun digunakan sejak abad ke-14 dan menjadi tulisan rasmi bagi kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melaka.

Jom baca info mengenai tulisan jawi termasuk cara menulis huruf jawi dengan lebih lanjut di bawah. 

Sejarah Tulisan Jawi

Sejarah tulisan Jawi di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi. Bukti-bukti arkeologi seperti batu nisan di pelbagai lokasi di Asia Tenggara menunjukkan tulisan Arab telah wujud di rantau ini sejak abad ke-10 Masihi.

Bukti terawal penggunaan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu ditemui pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 Masihi.

Tulisan Jawi berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat Melayu sehingga abad ke-2. 

Walaubagaimanapun, pada tahun 1965, tulisan Rumi secara rasmi menggantikan Jawi sebagai sistem penulisan utama bahasa Melayu. 

Usaha untuk memartabatkan semula tulisan Jawi bermula pada tahun 2005 melalui program J-QAF di sekolah-sekolah rendah. Sehingga kini pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan tulisan jawi. 

BACA JUGA: Cara Install Font Jawi Pada Handphone, Laptop dan Komputer

Cara Belajar Huruf Jawi 

Susah ke nak belajar dan hafal huruf-huruf jawi ni? Jawapannya, tak susah pun. Anda boleh rujuk cara-cara di bawah untuk belajar huruf jawi dengan mudah. 

1. Kenali Huruf Asas

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah kenali huruf-huruf asas dalam tulisan jawi dan juga bunyinya. 

Huruf Jawi terdiri daripada 36 huruf, termasuk 6 huruf tambahan yang tiada dalam bahasa Arab seperti چ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ ‎(ga), ۏ ‎(va), dan ڽ (nya‎).

Huruf Jawi - Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah
Huruf Tambahan Jawi

2. Latihan Menulis

Buat latihan menulis huruf Jawi secara konsisten. Anda juga boleh buat latihan menulis perkataan mudah dalam tulisan jawi seperti ‘buku’ (بوكو) atau ‘meja’ (ميج).

3. Manfaatkan Teknologi

Manfaat teknologi masa kini untuk belajar tulisan jawi dengan lebih cepat dan mudah. Terdapat aplikasi yang boleh membantu anda belajar huruf Jawi. Contohnya, aplikasi “Belajar Mengeja Jawi”.

Huruf Jawi - Panduan Menulis Jawi Dengan Mudah

4. Baca Teks Jawi

Dedahkan diri anda dengan teks-teks dalam tulisan jawi. Anda boleh mulakan dengan membaca teks mudah seperti iklan atau petikan pendek. Lama-kelamaan, anda akan lebih mahir membaca teks yang lebih kompleks.

BACA JUGA: Cara Buat Kad Nikah di JAWI

Senarai Huruf Jawi & Cara Tulis

Berikut adalah senarai huruf Jawi beserta bentuk dan cara penulisannya:

HurufBentukCara Penulisan
AlifاDitulis seperti garis lurus ke bawah dari atas ke bawah.
BaبBermula dengan titik di bawah, kemudian lengkung ke kanan.
TaتBermula dengan dua titik di atas, kemudian garis mendatar ke kanan.
ThaثBermula dengan tiga titik di atas, kemudian garis mendatar ke kanan.
JimجBermula dengan titik di bawah, kemudian lengkung ke kiri.
ChaچSeperti Jim tetapi dengan tiga titik di atas.
HaحBermula dengan garis melengkung ke kanan.
KhaخSeperti Ha tetapi dengan titik di atas.
DalدGaris lurus ke bawah dengan lengkung kecil di hujung.
ZalذSeperti Dal tetapi dengan titik di atas.
RaرGaris melengkung ke kanan, kepala di atas garisan dan ekor di bawah.
ZaiزSeperti Ra tetapi dengan titik di atas.
SinسGaris melengkung ke kanan dengan tiga titik di atas.
SyinشSeperti Sin tetapi dengan tiga titik di atas.
SodصGaris melengkung ke kanan dengan titik di atas.
DhodضSeperti Sad tetapi dengan titik di bawah.
TaطGaris lurus ke bawah dengan lengkung kecil di hujung.
ZaظSeperti Ta tetapi dengan titik di atas.
AinعGaris melengkung ke kanan.
GhoinغSeperti Ain tetapi dengan titik di atas.
NgaڠSeperti Ain tetapi dengan titik di atas kepala huruf.
FaفGaris melengkung ke kanan dengan titik di atas.
PaڤSeperti Fa tetapi dengan tiga titik di atas.
QafقGaris melengkung ke kanan dengan dua titik di atas.
KafکGaris melengkung ke kanan.
GaݢSeperti Kaf tetapi dengan satu garis di atas.
LamلGaris melengkung ke kanan.
MimمGaris melengkung ke kanan dengan titik di bawah.
NunنGaris melengkung ke kanan dengan titik di atas.
WauوGaris melengkung ke kanan.
HaهGaris melengkung ke kanan.
YaيGaris melengkung ke kanan dengan dua titik di bawah.
NyaڽSeperti Ya tetapi dengan tiga titik di atas.
VaۏSeperti Wau tetapi dengan tiga titik di atas.

Anda juga boleh rujuk gambar yang dikongsikan dibawah untuk mengetahui bentuk huruf dan cara penulisan huruf jawi dengan lebih jelas:

Panduan Asas Tulisan Jawi

  • Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri seperti sistem tulisan bahasa Arab.
  • Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.
  • Apabila sesuatu perkataan yang terbina itu menggunakan huruf-huruf dalam Kelompok A sahaja, huruf-huruf tersebut tidak berubah bentuknya kerana tidak dapat dirangkaikan antara satu dengan yang lain.
  • Apabila mengeja perkataan, huruf-huruf dalam Kelompok A tidak boleh dirangkaikan dengan mana-mana huruf dalam Kelompok B atau Kelompok C yang ada selepasnya, tetapi boleh dirangkaikan dengan mana-mana huruf dalam Kelompok B yang ada sebelumnya.
  • Apabila sesuatu perkataan yang terbina itu menggunakan huruf-huruf dalam Kelompok B sahaja, huruf-huruf tersebut berubah bentuknya kerana dirangkaikan antara satu dengan yang lain.
  • Apabila mengeja perkataan, huruf-huruf dalam Kelompok B berubah bentuknya kerana dirangkaikan dengan manamana huruf dalam Kelompok A yang ada selepasnya, tetapi tidak boleh dirangkaikan dengan mana-mana huruf dalam Kelompok A yang ada sebelumnya.
  • Bagi memudahkan pelajar memahami cara penyambungan huruf ini, berbagai kaedah diperkenalkan, termasuklah DZOUWRA VE.

Padanan Huruf

Huruf Jawi vs Huruf Hijaiyah

AspekHuruf JawiHuruf Hijaiyah
Asal-usulBerasal dari huruf Hijaiyah, disesuaikan untuk bahasa MelayuHuruf Arab asli
Jumlah huruf36 huruf (30 asas + 6 tambahan)29 huruf
SebutanDisesuaikan dengan sebutan bahasa MelayuMempunyai sebutan dan makhraj khusus dalam bahasa Arab
VokalMenggunakan huruf vokal alif, wau, dan yaMenggunakan baris (fathah, kasrah, dhommah)
Huruf tambahanMempunyai huruf tambahan:چ ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ ‎(ga), ۏ ‎(va), dan ڽ (nya‎).Tiada huruf tambahan
Sistem ejaanLebih fleksibel, disesuaikan dengan bahasa MelayuTetap mengikut kaedah bahasa Arab

Rujukan:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut