HUAWEI Mate XT : Varian, Spesifikasi dan Harga Malaysia

HUAWEI Mate XT
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HUAWEI Mate XT merupakan telefon pintar boleh lipat tiga pertama di dunia, menawarkan reka bentuk inovatif dan spesifikasi canggih.

Berikut adalah butiran mengenai varian, spesifikasi, dan harga rasmi Huawei Mate XT.

Baca juga:

Kredit: Youtube HUAWEI Mobile

Spesifikasi HUAWEI Mate XT

1. Reka Bentuk Lipat Tiga

  • Skrin LTPO OLED fleksibel berukuran 10.2 inci dengan resolusi 3K dan kadar penyegaran 90Hz.
  • Apabila dilipat sekali, skrin menjadi 7.9 inci (resolusi 2048 x 2232 piksel).
  • Apabila dilipat dua kali, skrin menjadi 6.4 inci (resolusi 1008 x 2232 piksel).
  • Ketebalan peranti hanya 3.6mm apabila dibuka sepenuhnya, menjadikannya telefon boleh lipat paling nipis di pasaran

2. Prestasi

  • Dikuasakan oleh cip Kirin 9010 dengan teknologi 7nm.
  • Dilengkapi dengan RAM 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB, memastikan prestasi lancar dan ruang penyimpanan yang luas.

3. Kamera

  • Kamera utama 50MP dengan apertur boleh laras antara f/1.4 hingga f/4.0.
  • Kamera telefoto periskop 12MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan zum optikal 5.5x.
  • Kamera ultra lebar 12MP untuk tangkapan sudut luas.Kamera hadapan 8MP untuk selfie dan panggilan video.

4. Bateri dan Pengecasan

  • Bateri berkapasiti 5,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W melalui USB-C.
  • Menyokong pengecasan wayarles sehingga 50W dan pengecasan terbalik untuk mengisi daya peranti lain.
    Huawei Mate XT
    Kredit: Huawei Malaysia
    Huawei Mate XT
    Kredit: Huawei Malaysia
    Kredit: Huawei Malaysia
    Kredit: Huawei Malaysia
    Kredit: Huawei Malaysia

    Varian & Pilihan Warna

    HUAWEI Mate XT tersedia dalam dua varian warna yang elegan iaitu hitam dan merah. Hitam menampilkan reka bentuk mewah dan misteri, sesuai untuk mereka yang menggemari gaya klasik dan profesional.

    Manakala merah pula memberikan sentuhan berani dan menonjol, mencerminkan keanggunan dan keyakinan. Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan kemasan kulit vegan yang berkualiti tinggi, menawarkan rasa premium dan selesa di tangan

    Untuk kapasiti storan, telefon pintar ini tersedia dalam satu varian sahaja iaitu RAM: 16GB, dan storan dalama: 1TB.

    Kredit: Huawei Malaysia

    Harga HUAWEI Mate XT di Malaysia

    Harga rasmi Huawei Mate XT (16GB + 1TB) yang dijual di Malaysia adalah RM14,999.

    Pra-tempahan dibuka dari 18 Februari hingga 14 Mac 2025.

    Beli HUAWEI Mate XT

    Anda nak jadi antara yang pertama miliki HUAWEI Mate XT? Inilah masanya!

    Kelebihan Eksklusif Bila Anda Order Sekarang!

    • Perlindungan Skrin 1 Tahun (Bernilai RM3,999*)
    • Penghantaran VIP Seawal 13 Mac (Eksklusif Online*)
    • Pelan Ansuran 0% Faedah Sehingga 12 Bulan
    • 10x Mata Ganjaran Ahli (Belanja 100 mata = RM1, dapat 10% cashback untuk pesanan Mate XT!)

    Kenapa Anda Wajib Miliki HUAWEI Mate XT?

    • Reka Bentuk Tri-lipat Super Slim – Lebih kompak, lebih elegan!
    • Paparan 10.2” Hi-Res HUAWEI X-True™ – Visual lebih tajam, warna lebih hidup!
    • Kamera Ultra Aperture XMAGE – Tangkap gambar luar biasa dalam apa jua keadaan!

    Jangan Tunggu! Dapatkan Sekarang & Rasai Kehebatan Teknologi Terbaru!
    Klik untuk order ➡ [HUAWEI MALAYSIA]

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut