HUAWEI FreeArc hadir sebagai salah satu model terkini yang menampilkan konsep fon telinga terbuka (open-ear design), memberikan pengalaman mendengar yang unik tanpa menutup sepenuhnya saluran telinga.
Berikut adalah butiran mengenai varian, spesifikasi, dan harga rasmi HUAWEI FreeArc.
Baca juga:
- HUAWEI Mate XT : Varian, Spesifikasi dan Harga Malaysia
- iPhone 16e Malaysia : Varian, Spesifikasi dan Harga
- HUAWEI Nova 13 Series : Varian, Spesikasi dan Harga
Spesifikasi HUAWEI FreeArc
HUAWEI FreeArc ialah fon telingah tanpa wayar dengan reka bentuk terbuka yang direka untuk keselesaan sepanjang hari dan kestabilan semasa aktiviti.
Fon telinga ini menampilkan reka bentuk cangkuk telinga yang fleksibel, diperbuat daripada aloi memori bentuk ultra nipis 0.7 mm, memastikan ia sesuai dan selesa dipakai. Selain itu, ia diperbuat daripada silikon cecair mesra kulit yang meliputi 81.5% daripada permukaan fon telinga, memberikan pengalaman pemakaian yang selesa.
Dari segi prestasi audio, HUAWEI FreeArc dilengkapi dengan pemacu 17 x 12 mm yang sensitif tinggi, menawarkan bass yang mendalam dan butiran audio yang kaya, Reka bentuk terbuka ini membolehkan pengguna kekal peka terhadap persekitaran sambil menikmati muzik.
Untuk panggilan, fon telinga ini dilengkapi dengan susunan dwi-mikrofon dan algoritma pembatalan hingar tiga kali, memastikan kualiti panggilan yang jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.
HUAWEI FreeArc menawarkan hayat bateri sehingga 7 jam dengan sekali cas, dan sehingga 28 jam dengan bantuan bekas pengecas.
Ciri pengecasan pantas membolehkan penggunaan selama 3 jam dengan hanya 10 minit pengecasan. Fon telinga ini juga mempunyai penarafan kalis air dan debu IP57, menjadikannya sesuai untuk digunakan semasa aktiviti sukan atau dalam keadaan hujan ringan.
Varian & Pilihan Warna
Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, hitam, dan kelabu.
Harga HUAWEI FreeArc
Harga jualan rasmi HUAWEI FreeArc di Malaysia adalah RM599. Pra-tempahan dibuka dari 18 Februari hingga 24 Mac 2025.
Beli HUAWEI FreeArc
Dapatkan HUAWEI FreeArc sekarang dengan RM50 Early Bird Voucher dan hadiah percuma bernilai RM327!
Nikmati pengalaman audio premium dengan reka bentuk 140° Optimal Triangle untuk keselesaan dan kestabilan terbaik, Sterling Sound untuk kualiti bunyi yang jernih, serta IP57 Water Resistance, menjadikannya tahan air dan sesuai untuk aktiviti lasak.
Pembelian lebih fleksibel dengan 0% faedah ansuran sehingga 6 bulan dan 10x mata ganjaran ahli untuk lebih penjimatan. Jangan lepaskan peluang ini – tempah sekarang sebelum kehabisan stok!
Jangan lepaskan peluang ini – tempah sekarang sebelum kehabisan stok di sini : [HUAWEI MALAYSIA]