Perbandingan HEIC vs JPEG : Format Gambar Mana Lebih Baik?

Manakah lebih bagus antara HEIC vs JPEG?

Bagi pengguna peranti, iOS anda mungkin sudah sinonim dengan gambar berformat HEIC.

Pihak Apple telah memperkenalkan fail gambar berformat HEIC pada 2017 sebagai sebahagian daripada kemas kini iOS11 dan macOS High Sierra.

Namun, penggunaan format ini pada gambar mungkin menimbulkan sedikit masalah apabila seseorang pengguna iOS itu perlu berkongsi gambar melalui Google Drive, Dropbox dan seumpamanya kepada individu lain yang tidak menggunakan ekosistem Apple.

Maka timbullah perdebatan antara HEIC vs JPEG mengenai format manakah yang lebih bagus antara keduanya?

Apa itu format JPEG dan HEIC?

JPG atau JPEG telah dicipta oleh “Joint Photographic Experts Group”.

Ia adalah format imej digital yang menyimpan data imej termampat dan fail JPG biasanya digunakan untuk menyimpan foto digital.

Banyak grafik & imej disimpan dalam format JPG kerana algoritma pemampatan JPG meminimumkan saiz fail imej, yang seterusnya mengurangkan masa muat halaman.

Sebaliknya, fail HEIC menyimpan satu atau lebih gambar yang disimpan dalam HEIF atau “High-Efficiency Image Format”, format fail yang digunakan untuk menyimpan foto pada telefon mudah alih.

Ia mungkin mengandungi sama ada satu imej atau jujukan imej, dengan metadata menerangkan setiap imej.

Format fail baharu ini diperkenalkan oleh Apple dalam versi iOS 11 dan ia adalah format imej lalai untuk Peranti iOS dan Mac.

Perbezaan 1: Sokongan

Antara topik hangat perbandingan antara HEIC vs JPEG adalah sokongan yng diberikan kpada format-format ini.

Salah satu sebab utama mengapa format fail JPG ialah format yang paling terkenal ialah ia menyokong semua sistem pengendalian, seperti Android, Mac, Windows, iOS dan UNIX.

Sebaliknya, format fail imej HEIC hanya boleh dibuka pada iDevices yang menjalankan sekurang-kurangnya iOS 11 dan Mac yang menjalankan macOS High Sierra.

Dalam persekitaran Windows dan Android, format fail HEIC tidak mempunyai sokongan asli.

Anda perlu menukar imej HEIC ke dalam format JPG untuk melihatnya pada platform Windows dan Android.

Namun, ini tidak menjadi masalah untuk menggunakan format HEIC sekiranya anda dan orang sekeliling anda menggunakan produk Apple.

Artikel berkaitan: Cara Tukar Gambar Format HEIC di Apple Kepada Jpeg

Perbezaan 2: Saiz fail

Saiz fail format HEIC lebih kecil daripada JPG.

Imej ditangkap dan disimpan dengan format fail HEIC mengambil kurang ruang storan berbanding dengan format fail JPG.

Malah, saiz fail HEIC adalah separuh daripada saiz fail JPEG dan itulah sebabnya HEIC lebih baik daripada JPEG dalam hal saiz pemfailan.

Untuk perbandingan HEIC vs JPEG dari aspek saiz fail, HEIC sememangnya jauh lebih baik.

Perbandingan 3: Kualiti gambar

Satu lagi perbezaan utama ialah fail HEIC mempunyai kualiti imej yang lebih baik berbanding dengan fail JPG kerana format fail baharu ini boleh mengekalkan butiran imej.

Perbandinngan 4: Fungsi

Format fail HEIC menggunakan warna dalam 16-bit, dan sebaliknya, format fail JPEG hanya menggunakan 8-bit.

Jadi, peranti yang menyokong sepenuhnya format fail baharu HEIC boleh menangkap pelbagai warna.

Selain itu, anda boleh mengubah suai imej HEIC dengan lebih mudah, seperti menerapkan perubahan pada pelbagai lapisan, seperti bahagian tengah, latar belakang dan latar depan.

Selain itu, anda boleh menyunting atau “crop” imej HEIC anda tanpa menyimpan atau mengubahnya buat kali kedua.

Oleh itu, HEIC benar-benar bagus dalam menyunting foto.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!