Hari Terbuka Putrajaya 2025 – Jadual Acara & Peta Lokasi

HARI TERBUKA PUTRAJAYA OPEN DAY 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cuti sekolah nak pergi mana? Jom kita meriahkan Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Hari Terbuka Putrajaya @ Putrajaya Open Day (POD2025)!

POD2025 kembali dengan pengisian utama yang mengetengahkan reruai dari pelbagai kementerian dan agensi bagi memudahkan orang ramai untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai program serta perkhidmatan yang tersedia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aktiviti dan acara menarik yang akan berlangsung di sana.

Pengenalan Hari Terbuka Putrajaya 2025

DISKAUN SAMAN PDRM, DISKAUN SAMAN PPJ, SEMAKAN PTPTN, ADA PETTING ZOO, AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK, MAKAN-MAKAN, NAK BELI RUMAH DENGAN PUTRAJAYA HOLDINGS PUN BOLEH

Senang kata, semua boleh buat di Putrajaya Open Day 2025 (POD2025). Nak bayar saman, bayar cukai, bayar PTPTN, nak beli rumah pun boleh di sini tau.

Lebih 190 agensi kerajaan dan swasta dihimpunkan di sini! Semua perkhidmatan bakal disediakan untuk anda semua. Sesuai dengan matlamat tema POD2025 “Satu Destinasi Pelbagai Solusi”.

Semak hebahan setiap zon yang disediakan bagi memudahkan perjalanan anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kesemua pameran dan jualan menarik nanti ok!

Rancang perjalanan anda sekarang dan nikmati pengalaman yang tidak akan dilupakan di Putrajaya Open Day 2025!

Peta Lokasi Putrajaya Open Day 2025

PETA LOKASI DAN JADUAL AKTIVITI SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA @ PUTRAJAYA OPEN DAY 2025

Buat pengunjung POD 2025, pastikan anda merujuk poster layout setiap zon yang disediakan dan jadual penuh aktiviti setiap pentas bagi memudahkan perjalanan anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kesemua pameran dan jualan menarik nanti ok!

Mantap dengan pengisian dan padat dengan informasi di setiap zon acara:

  • Zon 1 – Pameran PPj/Agensi/Perbankan, Tourism Fair, Kaunter Saman PDRM, & Karnival Kerjaya
  • Zon 2 – Pameran Si Bulus, e-Games, TVET, Ikan Laga & Fish Scooping
  • Zon 3 – Agro & Produk Hiliran
  • Zon 4 – Mini Zoo
  • Zon 5 – Pengisian Pentas Utama
  • Zon 6 – Jom Balik Sekolah
  • Zon 7 – Pameran Kementerian/Agensi, Karnival Wilayah Persekutuan & Telco
  • Zon 8 – Mayapada Kopi & Jelajah Makan Putrajaya
  • Zon 9 – Outdoor Village
  • Zon 10 – Taman Tema Keluarga
  • Zon 11 – Lorong Seni
  • Zon 12 – Lorong Dapur Berasap

Sebanyak 24 reruai pameran & jualan barangan mainan dan kenangan dibawakan khas di Zon 11 Hari Terbuka Putrajaya 2025 (POD2025) untuk anda. Antaranya jualan & pertandingan Hot Wheels, Nerf Shooting Range, Keluang Man Club, Lego, Toys & Collectibles, CD & Record sales dari Group Radio Karat dan banyak lagi.

Jadual Acara & Aktiviti Menarik Hari Terbuka Putrajaya 2025

Jadual Aktiviti Hari Pertama 6 Februari 2025 (Khamis)

JADUAL KESELURUHAN 6-9 FEBRUARI 2025

Rujuk : https://www.ppj.gov.my/

Tarikh & Waktu Operasi

  • Tarikh : 6 – 9 Februari 2025 (Khamis – Ahad)
  • Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Tempat : Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Makluman Penutupan Jalan

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2025

Sila rujuk notis penutupan jalan berikut untuk memudahkan anda merancang perjalanan ke POD 2025.

Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati memandu dan memperlahankan kenderaan serta mematuhi arahan petugas.

Jumpa anda di sana!

“Satu Destinasi Pelbagai Solusi”

Baca juga: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2025

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini berkenaan Hari Terbuka Putrajaya 2025, sila ikuti saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut