Tanggal 1 Mei setiap tahun, Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja.
Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang diantaranya bertujuan meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan golongan pekerja.
Hari Pekerja Ialah Cuti Umum
Terdapat 5 hari cuti yang wajib maijkan berikan kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 iaitu:
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
Sejarah Hari Pekerja
Sejarah Hari Pekerja diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.
Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.
Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.
Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari dan malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti.
Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.
Di peringkat awal, demonstrasi ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyebelahi mereka, tetapi lama kelamaan ia menjadi arus perdana apabila kerajaan pula turut sama menganjurkannya.
Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25987/makna-sebenar-hari-pekerja
Tema Sambutan Hari Pekerja 2024
Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah ”PEKERJA KESUMA BANGSA.”
Logo Hari Pekerja 2024 pula adalah bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.
Sambutan Hari Pekerja 2024
Sambutan Hari Pekerja 2024 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang akan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 pekerja yang terdiri dari kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
YAB Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan beberapa Anugerah Hari Pekerja pada perhimpunan tersebut sebagai usaha menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara.
Pada tahun ini, sebanyak 12 Anugerah akan dikurniakan kepada pekerja, majikan, kesatuan, media dan kontinjen. Selain menyampaikan anugerah, YAB Perdana Menteri juga akan melancarkan Kerangka Dasar Sumber Manusia 2030.
Baca juga: