Hari Malaysia 2024 – Tema & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Ayuh! Rakyat Malaysia, mari kita raikan bersama-sama Sambutan Hari Malaysia tahun 2024 pada 16 September ini.

Pada tahun ini, sambutan Hari Malaysia akan dilakukan di Sabah. Lokasi Khusus dan perincian berkenaan sambutan ini akan dimaklumkan nanti.

Sambutlah Hari Malaysia ini dengan penuh kebanggaan dan jiwa yang penuh semangat patriotisme!

Pengenalan

Tanggal 16 September 1963 adalah merupakan tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ini kerana pada tarikh 16 September 1963 telah berlakunya satu peristiwa penting di mana berlakunya pembentukan, pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu. Bagi mengingati sejarah peristiwa 16 September 1963, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Pembentukan Malaysia berdepan pelbagai cabaran termasuk tentangan daripada Indonesia dan Filipina, yang memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar misi ke Borneo Utara pada 1963 yang mendapati majoriti rakyat Borneo Utara (kini Sabah) menyokong penubuhan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Tema Sambutan 2024

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Sabah.

Namun begitu, perincian khusus berkenaan lokasi dan waktu sambutan masih dalam perbincangan bersama Datuk Christina Liew. Oleh itu lokasi khusus bagi sambutan ini akan dimaklukan kelak.

Sambutan itu juga menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2024 iaitu “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”, yang membawa maksud seperti berikut:

Malaysia Madani:

  • Merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia.
  • Disokong oleh enam nilai teras utama.

Jiwa Merdeka:

  • Menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif.
  • Menekankan semangat patriotisme dan cinta negara.
  • Melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi.
  • Membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni, dan progresif.

Secara keseluruhannya, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka:

  • Merupakan perlambangan kesejahteraan secara holistik.
  • Menekankan kemajuan dan progresif untuk rakyat berbilang kaum.
  • Menyatukan hati dan teguh pada jati diri negara.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Logo Hari Malaysia 2024

Untuk pengetahuan anda, logo Hari Malaysia yang akan digunapakai pada tahun ini, ialah logo yang sama yang dipakai pada tahun 2023.

Reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia Madani ia juga mempunyai corak simbolik disebaliknya. Corak simbolik ini menunjukkan tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang iaitu warna merah, biru, putih, dan kuning, yang  selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa

logo hari malaysia 2024

Sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan

Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, sambutan Hari Malaysia ini akan dijalankan di Sabah. Namun begitu, lokasi khusus bagi sambutan Hari Malaysia ini masih berada dalam perbincangan dan belum diumumkan lagi.

Sebarang maklumat tambahan berkenaan lokasi dan waktu majlis berlangsung akan kami maklumkan nanti.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan berkenaan sambutan ini di laman web Merdeka360

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: