Harga Roadtax EV Terkini 2024 – Cukai Jalan Kenderaan Elektrik

Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan secarra rasmi harga roadtax EV untuk kenderaan berkuasas elektrik yang telah dijual secara rasmi di pasaran Malaysia.

Melihat pada senarai harga roadtax EV yang dikeluarkan sahaja kita boleh menjangkakan kerajaan bakal dikritik hebat oleh kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan harganya boleh dikatakan tidak masuk akal.

@ecentral.my

Harga roadtax EV Malaysia sangat berpatutan? Masuk 2026 nanti ‘tax-holiday’ dah habis. Agak-agak masa tu masih berpatutan ke? #evcarmalaysia #evmalaysia #evroadtax #roadtax #roadtaxev #electricvehiclemalaysia

♬ Drift Night – Alfianie

Pengecualian Roadtax EV sehingga 2025

Seperti mana yang kita tahu, kerajaan sebelum ini mengumumkan kadar insentif untuk pemilik kenderaan EV bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih menggunakan kenderaan berkuasa elektrik ini.

Terima kasih kepada insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan, kenderaan elektrik (EV) kini dikecualikan daripada cukai jalan mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.

Sudah tentu, semua perkara baik boleh berakhir termasuklah pengecualian cukai ini namun mereka (dan pemilik masa depan) perlu bersedia untuk membayar cukai jalan bagi pemlikan kenderaan EV mulai 2026 dan seterusnya.

Maka, berapakah harga roadtax EV bermula 2026?

Artikel berkaitan: MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

Harga Roadtax Kereta EV

Secara purata, harga roadtax EV baharu adalah 85% lebih rendah berbanding kadar yuran semasa.

Kadar fi LKM baharu akan disemak semula sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada ZEV dan impak kepada hasil Kerajaan.”

ZEV merangkumi kenderaan jenis bateri elektrik penuh (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Berikut merupakan kadar roadtax kenderaan EV yang telah diumumkan kerajaan:

Kredit: PanduLaju

Cara Pengiraan Kadar Cukai Jalan

Sementara kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman dikira cukai jalannya berdasarkan kapasiti enjin, pengiraan harga roadtax EV pula mengikut sistem berasaskan kilowatt.

Amaun cukai jalan terakhir untuk EV dikira berdasarkan jumlah penarafan kuasa motor elektrik, dengan kurungan kuasa yang berbeza menentukan kadar asas dan kadar progresif yang disertakan (jika berkenaan).

Julat kuasa kenderaan EV telah dibahagikan kepada “blok” untuk menentukan bayaran cukai jalan.

Blok 1 adalah untuk ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik dari 1 watt hingga 100kW, manakala blok 2 adalah untuk kenderaan antara 100,001 watt dan 210kW. Blok 3 adalah untuk kenderaan antara 210,001 watt dan 310kW.

Di blok 1, cukai meningkat sebanyak RM10 bagi setiap peningkatan kuasa 10kW, bermakna cukai jalan untuk kenderaan 70kW ialah RM40, manakala kenderaan 80kW akan dikenakan bayaran RM50.

Begitu juga, dalam blok 2, kenaikan cukai adalah RM20 untuk setiap 10kW, dan RM30 untuk setiap 10kW di blok 3.

Sebagai contoh, cukai jalan untuk julat standard premium BYD Dolphin 130kW ialah RM120, berbanding dengan yuran sedia ada RM624 jika cukai tidak dikecualikan.

Bantu kami share artikel ini: