Proton dijangka memperkenalkan generasi baharu Proton Saga pada tahun 2025, namun buat masa ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Proton mengenai perkara ini.
Gambar yang dikatakan sebagai Proton Saga 2025 telah tersebar dalam talian, menunjukkan reka bentuk luaran yang lebih moden dengan pengaruh gaya kereta Jepun, mirip dengan model Toyota.
Proton Saga generasi akan datang dikhabarkan akan dibina di atas platform baharu yang dikenali sebagai AMA (Architecture Modular A-segment).
Model pertama yang menggunakan platform AMA dijangka dilancarkan sebelum tahun 2026, mungkin seawal separuh kedua tahun 2025.
Maklumat mengenai harga dan tarikh pelancaran rasmi Proton Saga 2025 di Malaysia belum diumumkan. Namun, di pasaran lain seperti Mesir, Proton Saga 2025 1.3L Premium A/T disenaraikan dengan harga sekitar EGP 465,000.
Berikut merupakan video ura-ura mengenai Proton Sage 2025 ini yang tersebar di internet:
Proton Saga sememangnya mempunyai legasi yang tersendiri sebagai antara model terawal keluaran Proton.
Memang tidak dinafikan, rekabentuknya pada masa kini jauh berbeza dan lebih menarik jika dibandingkan dengan model keluaran awalnya puluhan tahun lalu.
Dibandingkan dengan model sebelumnya, kereta Proton Saga keluara 2025 ini mempunyai perubahan dari segi rekabentuk, transmisi dan ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.
Bagi anda yang sudah berkeluarga kecil (anak 1 – 3 orang) dan mempunyai bajet yang rendah, anda seharusnya mempertimbangkan Proton Saga memandangkan harganya cukup kompetetif dan bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.
Proton Saga 2025
Dikuasakan oleh enjin 1.3 liter empat silinder 16 injap DOHC VVT, Proton Saga model ini tersedia dalam empat varian, iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT.
Model yang dikemas kini itu juga menawarkan komponen dalaman dan luaran serta kecekapan bahan api yang dipertingkatkan dengan bantuan ciri-ciri seperti indikator Eco Drive Assist (Bantuan Pemanduan Ekonomi) yang menunjukkan kepada pemandu tentang kecekapan pemanduan mereka.
“Selama hampir empat dekad, Proton Saga telah menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara, dan kami berbangga untuk meneruskan legasinya dan menandakan permulaan perjalanan baharu dengan model terbaru ini.
“Dengan lebih 1.9 juta unit terjual di lebih 28 pasaran di seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk beberapa tahun lagi,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah pada pelancaran model itu.
Varian, Spesifikasi & Ciri Terbaru
Secara umumnya, terdapat 4 varian terkini untuk model Saga bagi tahun 2025.
4 varian tersebut adalah seperti yang berikut:
- 1.3L Standard MT
- 1.3L Standard AT
- 1.3L Premium AT
- 1.3L Premium S AT
M = Manual Transmission (MT)
A = Automatic Transmission (AT)
Saga 2025 baharu dilengkapi dengan dua beg udara SRS standard, serta Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan sistem Bantuan Brek (BA).
Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) untuk membantu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang licin, manakala ciri Bantuan Pegun Bukit (HHA) membolehkan pemandu bergerak dengan yakin tanpa bimbang mengundur ke belakang ketika berhenti di kawasan berbukit.
Terdapat juga kamera mengundur yang dipasangkan di penderia belakang dan penderia hadapan yang berfungsi untuk memudahkan pergerakan ketika meletak kereta di ruang yang sempit.
Pilihan Warna
Proton Saga 2025 ini boleh didapati dalam lima warna:
- Snow White
- Armor Silver
- Jet Grey
- Rosewood Maroon
- Ruby Red.
Proton Saga 2025 kini boleh ditempah secara dalam talian dan juga di bilik pameran Proton yang sah.
Untuk melihat senarai penuh ciri-ciri model terkini dengan lebih terperinci, anda boleh layari halaman Proton Saga di pautan https://www.proton.com/en/find-a-car/saga
Baca juga:
- Program Subsidi NEXTStep: Daftar Kerusi Kanak-kanak Untuk B40
- Senarai Terkini Lokasi Kamera AES / AWAS di Seluruh Malaysia
Harga Proton Saga 2025
Bagi peminat Saga, perkara utama yang akan dilihat sebelum mempertimbangkan pembelian kereta ini sudah tentulah harganya.
Bagi harga sebegini, ianya mungkin pembelian yang berbaloi bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah dan graduan yang bergaji kecil serta baru memasuki alam pekerjaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai model Proton Saga 2025, sila layari laman web rasmi Proton di alamat https://www.proton.com/en/find-a-car/saga atau kunjungi pusat jualan rasmi Proton berdekatan dengan anda.
Jika bernasib baik, anda juga boleh meminta untuk memandu uji Proton Saga ini di pusat jualan terpilih.