10 Gula Gula Sakit Tekak Untuk Melegakan Sakit Tekak

gula gula sakit tekak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Gula gula sakit tekak boleh memulihkan rasa terbakar dan sakit pada tekak? Sejauh manakah keberkesanannya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan gula gula sakit tekak terbaik yang boleh anda makan dan fungsinya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu gula gula sakit tekak?

gula gula sakit tekak

Gula gula sakit tekak atau juga dikenali sebagai lozeng adalah gula-gula yang mengandungi ubat dan berperisa manis.

Kandungan bahan aktif dalam gula-gula inilah nantinya akan bertindak balas bagi mengurangkan kesakitan, mengubati jangkitan dan boleh melegakan batuk.

Fungsi lozeng

Fungsi lozeng ini adalah untuk memberikan kelegaan dan keselesaan pada rongga tekak yang pedih dan sakit.

Dalam masa yang sama setiap bahan aktif yang terkandung dalam gula-gula ini juga mempunyai fungsi unik yang berbeza-beza. Ia memberi kesan analgesik, anestetik, antiseptik, antimikrobial dan antitusif.

Jenis lozeng di pasaran

Terdapat tiga jenis lozeng yang ada dijual di pasaran. Berikut adalah antaranya:

  • Lozeng keras: Mengandungi gula dan bahan aktif. Sangat lambat larut dalam masa 5-10 minit dalam mulut.
  • Lozeng lembut: Mempunyai warna yang menarik dan berwarna-warni dan mempunyai perisanya yang tersendiri. Ia boleh dikunyah dan larut secara perlahan-lahan.
  • Lozeng kunyah: Teksturnya seakan-akan lozeng lembut yang diperbuat daripada gelatin, gliserin dan air.

Pilihan terbaik gula gula sakit tekak

Berikut adalah antara pilihan gula gula sakit tekak yang terbaik untuk anda cuba:

1. Strepsils Soothing Sore Throat

Strepsils Soothing Sore Throat mengandungi dua agen antibakteria bagi membantu anda membunuh bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan mulut dan sakit tekak.

Beli Di Sini: Strepsils Soothing Sore Throat

2. Avosil Lozenge

Avosil Lozenge ini mengandungi Cetylpyrinidum chloride iaitu antiseptik ringan yang dapat melawan pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca kepada keradangan atau pecah di dalam tekak atau mulut.

Beli Di Sini: Avosil Lozenge

3. Sobenz Anti-inflammatory Lozenges

Sobenz Anti-inflammatory Lozenges adalah salah satu produk yang disyorkan kerana keupayaannya untuk melegakan sementara penyakit mulut yang menyakitkan.

Setiap lozenge mengandungi bahan aktif Benzydamine dan Cetylpyridinium chloride.

Beli Di Sini: Sobenz Anti-inflammatory Lozenges

4. Herbion Linkus Nova Lozenges

Herbion Linkus Nova Lozenges adalah cara semula jadi untuk melegakan sakit tekak dan batuk.

Ia adalah terapi gejala untuk penyakit saluran pernafasan kerana ia melegakan tisu tekak yang merengsa dan melincirkan saluran suara.

Beli Di Sini: Herbion Linkus Nova Lozenges

5. Woods Peppermint Drops Lozenges

gula gula sakit tekak

Woods Peppermint Drops Lozenges menggunakan minyak peppermint dan anise semulajadi sebagai antiseptik untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru, melegakan batuk dan memberi perlindungan berkesan terhadap jangkitan.

Beli Di Sini: Woods Peppermint Drops Lozenges

6. SAMBUCOL Soothing Candy Black

gula gula sakit tekak

SAMBUCOL Soothing Candy Black menggunakan elderberi hitam Haschberg premium dengan kaedah pengekstrakan proprietari untuk mengekalkan sifat antioksidannya.

Ia kaya dengan flavonoid yang menyokong imun. Ia juga merupakan salah satu produk elderberry yang paling banyak dikaji di dunia selama hampir 20 tahun oleh pakar virologi yang terkenal di dunia.

Beli Di Sini: SAMBUCOL Soothing Candy Black

7. DifflamAB Sore Throat

gula gula sakit tekak

Difflam Plus Anaesthetic Sore Throat Lozenges dapat membantu melegakan sakit tekak menerusi benzydamine yang bertindak sebagai antiradang, bius setempat dan antibakteria.

Selain meredakan sakit tekak, ia juga berkesan untuk mengatasi masalah jangkitan pada mulut atau tekak.

Beli Di Sini: DifflamAB Sore Throat

8. Coflix Lozenge

gula gula sakit tekak

Coflix Lozenge adalah lozeng yang membantu menenangkan dan melegakan tekak yang kering dan gatal.

Herba TriActiv di dalamnya ialah Ivy Leaf, Elderberry dan Chen Pu. Dengan kandungan gula yang kurang daripada 25%, Coflix Lozenge sesuai untuk semua orang khususnya mereka yang mempunyai masalah diebetes atau sebagainya.

Beli Di Sini: Coflix Lozenge

9. Himalaya Koflet Lozenges

gula gula sakit tekak

Himalaya Koflet Lozenges boleh melegakan masalah batuk kering dan batuk biasa. Tindak balas antitusif periferal mampu mengurangkan kerengsaan mukosa bronkial.

Beli Di Sini: Himalaya Koflet Lozenges

10. Manuka Honey Drops Lemon

gula gula sakit tekak

Manuka Honey mempunyai tiga sebatian kuat– Methylglyoxal (MGO), Leptosperin dan Dihydroxyacetone (DHA).

Ia adalah produk keluaran New Zealand yang popular dan mengandungi tahap bioflavonoid aktif yang tinggi.

Beli Di Sini: Manuka Honey Drops Lemon

Cara makan gula gula sakit tekak

gula gula sakit tekak

Berikut adalah panduan makan gula-gula sakit tekak yang betul.

Bila tidak boleh menggunakan:

  • Jangan mengambil ubat ini jika anda alah kepada sebarang bahan yang terkandung di dalam produk tersebut.

Jika mengambil ubat-ubatan lain:

  • Beritahu doktor jika anda mengambil sebarang ubat lain, termasuk apa-apa ubat yang dibeli tanpa preskripsi dari farmasi, pasar raya atau kedai makanan kesihatan.

Cara menggunakan gula gula sakit tekak:

  • Hisap/kunyah/telan satu tablet perlahan-lahan setiap 2-3 jam atau mengikut keperluan seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
  • Rujuk doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang kemusykilan terhadap ubat.
  • Jika anda terlupa untuk memakannya sehingga hampir masa untuk dos seterusnya, anda perlu abaikan dos yang tertinggal dan kemudian teruskan mengambil ubat mengikut jadual seperti biasa.
  • Jangan ambil dos berganda untuk menggantikan dos yang tertinggal.

Bagi kesan sampingannya pula, tiada kesan serius yang dilaporkan bagi setiap penggunaan lozeng. Namun sesetengah orang akan mengalami kesan tidak serius seperti hipersensitiviti dan iritasi pada mulut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan gula gula sakit tekak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Lozenges. My Health
  2. Apa Itu Lozenges dan Fungsinya. Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut