Gula-gula Gummy Berisiko Tercekik – KKM Larang Penjualan

Gula-gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Gula-gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik!

Insiden tercekik gula-gula ‘gummy eyeball’ yang mengorbankan nyawa seorang budak sekolah berusia 10 tahun di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini telah mengejutkan seluruh negara.

Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin telah disahkan meninggalkan pada pukul 11 malam, 20 Februari 2025 setelah bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang.

Gula-gula Gummy Punca Tercekik – ‘Gummy Eyeball’

Gummy eyeball itu sebenarnya apa?

Mungkin ramai ibubapa yang kurang tahu apa itu ‘gummy eyeball’ yang menjadi punca kes tercekik baru-baru ini. 

‘Gummy eyeball’ adalah sejenis gula-gula kenyal berbentuk mata yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ada macam-macam lagi bentuk lain gula-gula ini selain bentuk mata.

Gula-gula ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan seperti gelatin atau pektin, gula dan perisa buah-buahan. 

Gula-gula ini mempunyai tekstur yang licin dan kenyal serta bentuk yang bulat dan besar. Ini menjadikannya berisiko tinggi untuk menyebabkan tercekik terutamanya bagi kanak-kanak.

Kenapa Gula-gula Gummy sangat berbahaya?

⚠ Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

⚠ Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.

⚠ Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

⚠ Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.

Kronologi Kejadian Kes Tercekik

Kes tragik yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang pada 18 Februari 2025 baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak tentang bahaya gula-gula ini.

Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10 tahun, meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy eyeball ini.

Menurut laporan, Mohamad Fahmi dipercayai membeli dua biji gula-gula gummy di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah kebangsaan di Butterworth.

Sumber: Public Health Malaysia

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang, di mana mangsa dikatakan tercekik coklat tersebut dan mengalami kesukaran bernafas. 

Saksi kejadian, iaitu rakan mangsa, memaklumkan bahawa mereka berdua dalam perjalanan ke tandas ketika insiden berlaku. Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum saksi meminta bantuan guru kelas untuk membantu.

Pihak sekolah memberikan bantuan pernafasan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Seberang Jaya.

TERKINI : Tindakan Pihak Berkuasa & Larangan KKM Terhadap Penjualan ‘Candy Eyeball’ / Gula-gula ‘Gummy’ Mata

Susulan kejadian ini, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, memaklumkan bahawa sepasukan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah turun padang untuk menyiasat kes berkenaan. 

Produk yang dikenali sebagai ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ itu berjaya dijumpai di sebuah premis di Jalan Sungai Dua, Butterworth sebelum disita sehari selepas kejadian. 

Insiden ini telah meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya gula-gula jenis gummy, terutamanya yang berbentuk dan bersaiz yang boleh menyebabkan tercekik. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak kini lebih berwaspada dalam pemilihan makanan untuk anak-anak mereka.

Susulan itu, Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah dikeluarkan pada 21 Februari 2025.

Dalam kenyataan tersebut, siasatan mendapati produk ini telah menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan di bawah Peratura-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281].

KKM juga menegaskan bahawa produk ini adalah dilarang penjualannya di semua platform atas talian dan pasaran domestik, serta tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan tersebut.

Insiden Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula ‘Gummy’ Berbentuk Mata – KKM

Apa Perlu Dilakukan Apabila Tercekik?

Apabila seseorang tercekik, tindakan pantas dan tepat boleh menyelamatkan nyawa. Salah satu teknik yang perlu dipelajari ialah teknik ‘Heimlich Maneuver’.

Teknik Heimlich Maneuver adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah tercekik, terutamanya bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari setahun.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila terjadi kes tercekik:

1. Langkah pertama adalah menilai tahap keterukan keadaan sambil kekal tenang. Jika mangsa masih boleh batuk atau bercakap, galakkan mereka untuk terus batuk dengan kuat kerana ini adalah mekanisme semulajadi badan untuk mengeluarkan objek tersangkut.

2. Sekiranya batuk tidak berkesan, teknik tepukan belakang boleh digunakan. Berdiri di belakang mangsa, condongkan badan mereka ke hadapan sedikit, dan tepuk bahagian belakang dengan kuat menggunakan tapak tangan sebanyak 5 kali. 

3. Jika ini tidak berjaya, lakukan teknik Heimlich Maneuver dengan melingkarkan tangan di pinggang mangsa, meletakkan kepalan tangan di atas pusat mereka, dan menekan ke dalam dan ke atas dengan kuat sebanyak 5 kali.

4. Ulangi kedua-dua teknik ini secara berselang-seli sehingga objek tersangkut keluar. 

5. Jika mangsa hilang kesedaran, mulakan CPR dengan segera dan hubungi perkhidmatan kecemasan. 

@afrocestor

🚨 Life-saving tip alert! 🚨 Did you know that knowing the Heimlich maneuver could save a child’s life if they’re choking? It’s a simple yet effective technique that every parent, caregiver, and anyone who spends time around kids should know. 👉🏽 Check out this quick video tutorial on our Instagram and TikTok channels to learn how to perform the Heimlich maneuver on a child. We want to give a huge shoutout to the original creators of this content for sharing such vital information. We’re simply using this video to educate and empower African immigrants in Canada and across the global diaspora, in line with the Canadian Fair Use Act. Remember, knowledge is power, and being prepared could make all the difference in an emergency situation. Let’s spread awareness and keep our little ones safe! #HeimlichManeuver #ChildSafety #FirstAid #FairUse 🌟#afrocestor #lagos #calgary #toronto #newyork

♬ original sound – AFROCESTOR

Untuk bayi di bawah 1 tahun, letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas pangkuan anda dengan kepala lebih rendah dari badan, dan tepuk bahagian belakang di antara tulang belikat.

Jika Anda Sendiri Tercekik:

  • Tumbuk perut sendiri dengan teknik sama, atau
  • Tolak perut ke atas tepi meja

Perkara Perlu Dielakkan

  • Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk – ini boleh menyebabkan objek lebih masuk ke dalam
  • Jangan beri air atau makanan untuk menelan benda yang tersangkut.
  • Jangan biarkan tanpa tindakan! Jika mangsa tidak boleh bercakap atau batuk, bertindak segera.

Ingatlah bahawa tindakan segera dan tepat adalah kritikal dalam situasi tercekik. Jika keadaan tidak bertambah baik atau mangsa hilang kesedaran, hubungi talian kecemasan dengan segera.

Rujukan: Public Health Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut