Advertisements

GsPel GIATMARA: Permohonan Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online

Advertisements

Permohonan GIATMARA 2022 ambilan Julai 2022 kini dibuka untuk yang berminat.

Anda boleh memohon secara online sahaja!

Tahukah anda apa itu GIAT MARA dan apakah kursus yang ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia?

Dalam artikel ini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang GIAT MARA dan cara pendaftarannya bagi ambilan tahun 2022 yang baru dibuka.

Apakah GIATMARA?

GIAT MARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

Penubuhan GIAT MARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

gspel giatmara

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Syarat Permohonan GIATMARA 2022

  • Bumiputera
  • Berumur 15 Tahun Ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari
  • Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.
Serta, sila pastikan:
  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  2. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  3. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  4. Anda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  5. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online (rujuk lampiran PDF di bawah)

Klik SINI untuk mulai mengisi borang permohonan.

Kelebihan

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)

Senarai Kursus & Lokasi

Senarai kursus yang ditawarkan bagi permohonan GIATMARA 2022 adalah seperti berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kursus Kluster Fabrik
  4. Kluster Elektronik Mekatronik
  5. Kursus Kluster Kulinari
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kluster Senibina
  11. Kursus Kluster Pengangkutan
  12. Kursus Kluster Creative Media

Sila rujuk lokasi Pusat Latihan GIATMARA dalam senarai INI.

Advertisements

Pensijilan

  • Sijil Profesional
  • Sijil Kemahiran
  • Sijil Modular
  • Sijil Teknologi
  • Sijil Kehadiran
  • Sijil Kemahiran Warisan
  • Sijil Perantisan
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
  • Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Baca juga: Semakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

permohonan giatmara 2021

GsPel: Cara Permohonan GIATMARA 2022

Pendaftaran atau permohonan GIAT MARA 2022 boleh dilakukan melalui 2 cara berikut:

i) Pendaftaran Online

Untuk pendaftaran anda boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online di sini: http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi

ii) Pendaftaran Manual

Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2022

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIAT MARA 2022, sila hubungi Pusat GIAT MARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIAT MARA di

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

Leave a Comment