Mungkin ramai yang tidak sedar, pihak Google sudah lama mewujudkan Google Scholar bagi memudahkan kita membuat rujukan jurnal, sastera ilmiah dan sumber akademik.
Apabila hendak melakukan kajian akademik, kita biasanya akan merujuk kepada jurnal, buku dan artikel ilmiah.
Artikel-artikel seperti ini biasanya boleh didapati dari laman web seperti ScienceDirect, Scopu, Springer dan banyak lagi – biasanya artikal seperti ini adalah berbayar.
Selain itu, sekiranya anda sedang belajar di universiti/kolej, cuba bertanya dengan pegawai perpustakaan kerana kebiasaannya pihak perpustakaan melanggan akses untuk pelbagai laman web (seperti contoh di atas) bagi membolehkan para pelajar membaca atau merujuk jurnal akademik secara percuma.
Google Scholar pula merupakan platform enjin carian yang menyediakan hasil carian untuk jurnal-jurnal artikel ini.
Perbezaan dengan enjin carian Google
Google Scholar ialah enjin carian web yang boleh diakses secara bebas yang mengindeks teks penuh atau metadata kesusasteraan ilmiah merentas pelbagai format dan disiplin penerbitan.
Enjin carian Google (Google Search) mencari kandungan web awam dan Google Scholar memaparkan hasil carian dengan kaedah berbaza.
Ia mencari jenis buku ilmiah, artikel dan dokumen yang sama yang anda cari dalam katalog dan pangkalan data pelbagai laman web akademik.
Fokus carian Google Scholar yang memfokuskan kepada kandungan ilmiah dan berwibawa membezakannya daripada Google Search biasa.
Artikel menarik: Google Translate: Tips dan Cara Penggunaan
Kandungan dan hasil carian
Dikeluarkan dalam versi beta pada November 2004, indeks Google Scholar termasuk jurnal dan buku akademik dalam talian yang disemak rakan sebaya, kertas persidangan, tesis dan disertasi, pracetak, abstrak, laporan teknikal dan kesusasteraan ilmiah lain, termasuk pendapat mahkamah dan paten.
Untuk kandungan diindeks dalam Google Scholar, ia mesti memenuhi kriteria tertentu yang ditentukan.
Terdapat pertindihan antara kandungan dalam Google Scholar dan pangkalan data web akademik.
Selain itu, banyak petikan dalam Google Scholar akan dipautkan kepada teks penuh dalam pangkalan data web akademik atau dalam pangkalan data yang tersedia untuk umum.
Google Scholar boleh menjadi “tempat permulaan” untuk melakukan kajian jurnal akademik yang mudah, tetapi ia bukanlah sumber yang komprehensif.
Baca lagi: Panduan Google Meet Untuk Mesyuarat & Kelas
Panduan & cara guna
Pencarian di Google Scholar (https://scholar.google.com/) semudah mencari di Google biasa.
- Layari
- Masukkan kata kunci carian anda
- Hasil carian yang paling berkaitan dipaparkan terlebih dahulu, berdasarkan teks penuh item, pengarang, sumber dan bilangan kali ia telah disebut dalam sumber lain.
Sesetengah klik pada tajuk hanya boleh membawa anda ke petikan atau deskripsi teks, bukannya ke dokumen penuh itu sendiri.
Google Scholar tidak semestinya akan membawa anda ke teks penuh setiap hasil carian.
Tips penggunaan
Berikut adalah beberapa tips untuk menggunakan laman web untuk mendapatkan hasil carian yang lebih baik dengan kajian akademik anda.
- Carian tidak sensitif pada huruf kecil/besar – Carian untuk “Machine Learning” akan menghasilkan hasil yang sama seperti carian untuk “machine learning”.
- Gunakan kata kunci dan bukannya ayat penuh – Katakan topik kajian anda adalah tentang “self driving cars” (kereta memandu sendiri). Caranya ialah membina senarai kata kunci dan melakukan carian untuknya seperti “self-driving cars”, “autonomous vehicles” atau “driverless cars”.
- Gunakan tanda quote untuk mencari padanan tepat – Jika anda meletakkan frasa carian anda ke dalam tanda ” “, anda boleh mencari padanan tepat frasa tersebut dalam tajuk dan teks kandungan dokumen.
- Tambahkan tahun pada frasa carian untuk mendapatkan artikel diterbitkan pada tahun tertentu – Carian “self-driving cars 2015” akan memaparkan artikel atau buku yang diterbitkan pada 2015.
- Gunakan kawalan bar sisi untuk melaraskan hasil carian anda – Melalui panel sebelah kiri anda boleh mengehadkan lagi hasil carian dengan mengehadkan tahun yang diliputi oleh carian, kemasukan atau pengecualian paten, dan anda boleh menyusun keputusan mengikut kaitan atau mengikut tarikh.