15 Khasiat Goji Berry untuk Kesihatan, Kecantikan & Kecergasan

goji berry
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Goji berry, atau juga dikenali sebagai wolfberry, adalah buah kecil berwarna merah terang yang berasal dari Asia, terutamanya China.

Buah ini cukup dikenali kerana nilai pemakanannya yang tinggi, kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien seperti antioksidan, vitamin A, C, dan E, serat, asid amino, serta mineral seperti zat besi, kalsium, dan zink.

Dalam dekat kebelakangan ini, goji berry telah menarik perhatian dunia moden sebagai superfood yang berkhasiat untuk kesihatan fizikal dan mental. Berikut adalah penjelasan mendalam tentang 15 khasiat goji berry yang menjadikan buah ini satu anugerah alam.

Baca juga:

1. Kaya dengan Antioksidan

Goji berry adalah salah satu sumber antioksidan semulajadi yang kaya, termasuk karotenoid, zeaxanthin, dan polisakarida.

Antioksidan ini berfungsi melawan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif dalam badan, melambatkan proses penuaan, dan menngurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, diabetes, dan penyakit jantung.

Kandungan beta-karotena dalam goji berry juga membantu menjaga keanjalan kulit dan mencegah kedutan.

2. Meningkatkan Kesihatan Mata

Zeaxanthin, salah satu nutrien utama dalam goji berry, membantu melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV dan sinar biru dari peranti elektronik.

Kajian dari Journal of American Academy of Optometry menunjukkan bahawa, pengambilan buah beri ini secara konsisten dapat mencegah penyakit mata berkaitan usia seperti degenerasi makula dan katarak.

Ia juga meningkatkan ketajaman penglihatan, menjadikannya makanan yang baik untuk individu yang sering terdedah kepada skrin.

3. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Kombinasi unik vitamin C, polisakarida, dan beta-karotena dalam buah beri ini membantu memperkuat sistem imun badan.

Nutrien ini merangsang pengeluaran sel darah putih yang melawan bakteria, virus, dan toksin, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan. Pengambilan buah ini membantu mempercepatkan pemulihan badan selepas sakit.

4. Meningkatkan Kualiti Tidur

goji berry

Goji berry mengandungi sebatian yang meningkatkan pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang mengawal pola tidur.

Kajian mendapati bahawa pengambilan goji berry secara berkala dapat membantu mengatasi masalah insomnia, memanjangkan tempoh tidur, dan meningkatkan kualiti tidur, memberikan tenaga yang lebih baik pada keesokan harinya.

5. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

goji berry

Selain itu, khasiat lain yang ada dalam buah ini juga dijadikan sebagai sumber tenaga semulajadi yang dapat meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Ia membantu mempercepatkan metabolisme badan dengan menukarkan makanan kepada tenaga secara efisien.

Ramai atlet memasukkan goji berry dalam diet mereka untuk meningkatkan prestasi fizikal.

6. Menjaga Kesihatan Kulit

Vitamin A dan E dalam goji berry memainkan peranan penting dalam memperbaiki tekstur kulit, menguangkan kerosakan akibat sinaran matahari, dan mempercepatkan pemulihan luka. Hal ini dibuktikan oleh kajian dari National Center for Biotechnology Information.

Sifat anti-radangnya membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat, menjadikan kulit kelihatan lebih segar dan bercahaya.

7. Mengurangkan Risiko Kanser

Goji berry mengandungi polisakarida dan sebatian bioaktif lain yang menunjukkan kesan anti-kanser.

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, bahan dalam goji berry dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan kanser seperti kemoterapi dengan mengurangkan kesan sampingannya.

8. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kandungan antioksidan dalam buah beri jenis ini membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Ini mengurangkan risiko pembentukan plak pada dinding arteri, sekali gus mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

9. Menyokong Fungsi Hati

Dalam perubatan tradisional Cina, khasiat goji berry digunakan untuk detoksifikasi hati. Ia membantu membersihkan toksin dari hati, menyokong regenerasi sel hati, dan mencegah penyakit hati seperti fatty liver dan sirosis.

10. Mengawal Tahap Gula Darah

Polisakarida dalam buah ini membantu mengawal tahap gula darah dengan meningkatkan sensitiviti insulin.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information pada tahun 2015 menunjukkan bahawa, buah ini mampu untuk mengimbangi paras insulin dan glukosa dalam darah.

Ini menjadikannya pilihan makanan tambahan yang sesuai untuk pesakit diabetes atau individu yang ingin mencegah penyakit ini.

11. Meningkatkan Kesihatan Mental

goji berry

Goji berry membantu mengurangkan tekanan oksidatif pada otak, yang boleh menyebabkan kehilangan daya ingatan dan kemerosotan kognitif.

Kandungannya yang kaya dengan antioksidan juga membantu mencegah penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.

12. Membantu Menurunkan Berat Badan

Goji berry adalah makanan rendah kalori tetapi tinggi serat, membantu memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan. Polisakaridanya juga membantu meningkatkan metabolisme lemak, menyokong usaha menurunkan berat badan.

13. Meningkatkan Kesihatan Pencernaan

Kandungan serat dalam goji berry menyokong kesihatan usus dengan mempromosikan pertumbuhan bakteria baik. Ini membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah sembelit, dan mengurangkan risiko gangguan seperti sindrom usus rengsa.

14. Meningkatkan Kesuburan dan Kesihatan Reproduktif

Goji berry sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan kesuburan.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, ia dapat meningkatkan kualiti sperma dan menyokong kesihatan ovulasi pada wanita, menjadikannya pilihan semula jadi untuk pasangan yang merancang kehamilan.

15. Mengurangkan Keradangan dalam Badan

Sifat anti-radang goji berry membantu meredakan keradangan yang sering menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik seperti arthritis, asma, dan gangguan autoimun. Ini menjadikannya makanan tambahan yang baik untuk individu yang mengalami penyakit radang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, goji berry adalah anugerah alam yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan.

Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ia membantu melawan penuaan, melindungi tubuh daripada penyakit kronik, dan menyokong kesihatan mental serta fizikal.

Sama ada diambil sebagai snek, teh, atau ditambah ke dalam makanan, goji berry adalah pilihan yang sesuai untuk meningkatkan kualiti hidup. Namun, seperti mana-mana makanan tambahan, pengambilan secara sederhana dan berpatutan adalah kunci untuk mendapat manfaat optimum.

Sumber:

  1. Healthy Facts About the Goji Berry. Healthline
  2. Goji Berries: Nutrition, Benefits, and Side Effects. Healthline
  3. Goji Berry (Lycium barbarum): Composition and Health Effects – a Review. Polish Journal of Food and Nutrition Sciences
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut