Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah Pakej PEMERKASA+ bagi menyokong kelangsungan Perniagaan,
kadar bantuan GKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.
Jumlah RM1000 telah diterima mulai 8 Jun yang lalu, dan baki RM500 lagi akan dibayar pada bulan Julai ini.
Berikut dikongsikan maklumat terkini untuk makluman bersama, khususnya penerima GKP.
Baca juga: Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan
Apakah GKP 3.0 PEMERKASA+ ?
Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tambahan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) sebanyak RM500 pada 31 Mei 2021.
Syarat Kelayakan
Bayaran tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ akan diberikan kepada penerima yang layak menerima GKP 3.0 seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
- Lulus Permohonan baharu GKP 3.0
Sekiranya bayaran terakhir GKP adalah Gagal Kredit dan penerima gagal mengemas kini maklumat akaun bank terkini dalam tempoh yang telah ditetapkan, penerima tidak layak menerima GKP 3.0 dan juga GKP 3.0 Pemerkasa+.
Cara Permohonan GKP 3.0 PEMERKASA+
Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Penerima yang layak bayaran GKP3.0 PEMERKASA+ akan menerima bayaran yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing seperti telah telah didaftarkan semasa permohonan / kemaskini maklumat sebelum ini.
Jumlah Bantuan Tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+
Amaun tambahan GKP3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak RM500.
Tarikh Bayaran
Pembayaran GKP3.0 PEMERKASA+ akan dilakukan pada Julai 2021.
Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin.
Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.
Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Tarikh Semakan
Kelayakan GKP3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0.
Semakan kelulusan GKP 3.0 adalah mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my).
Tarikh sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Baca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Julai
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Geran Khas Prihatin ( https://gkp.hasil.gov.my/) atau Soalan Lazim di SINI.