GCPC: Permohonan Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang 2024

Guru dan pensyarah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpeluang untuk memohon Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang (GCPC) 2024.

GCPC secara umumnya bermaksud guru atau pensyarah yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran tinggi dalam subjek Pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) serta berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berterusan.

Kelebihan GCPC

Kelebihan guru atau pensyarah yang mendapat pengiktirafan ini adalah seperti berikut:

  • Laluan pantas kenaikan pangkat.
  • Pengiktirafan kecemerlangan.
  • Peluang dicalonkan pelbagai anugerah dan latihan.

Ciri Guru Cemerlang

Terdapat 6 ciri guru cemerlang yang digariskan iaitu:

  • Peribadi mulia
  • Pengetahuan mendalam dan berkemahiran tinggi
  • Hasil kerja berkualiti
  • Komunikasi yang baik
  • Potensi untuk pergi lebih jauh
  • Sumbangan

Laluan Guru Cemerlang

Laluan guru cemerlang untuk siswazah atau bukan siswazah adalah seperti berikut:

Syarat Umum GCPC

Syarat umum bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Disahkan dalam perkhidmatan.
  2. Dilantik/Dinaikkan pangkat ke grad semasa.
  3. Telah mengemukakan pengisytiharan harta.
  4. Wajaran Markah PBPPP sekurang-kurangnya 80%.
  5. Bebas daripada tindakan tatatertib.
  6. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan.
  7. Lulus tapisan keutuhan SPRM.
  8. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Syarat Khusus (Siswazah)

Syarat khusus (siswazah) untuk pemohon adalah seperti berikut:

  1. Cukup tempoh pada 1Januari tahun permohonan dibuka.
  2. Tempoh bermula dari tarikh naik pangkat.
  3. Bagi GCPC sedia ada, tempoh bermula dari tarikh pemangkuan.
  4. Mata pelajaran utama dan mengajar selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
  5. Colon bidang pentadbiran mesti melepaskan jawatan pentadbiran, sekiranya ditawarkan Guru Cemerlang.
  6. Permohonan ke Gred Khas C hanya kepada GC sedia ada DG54 atau pernah menjadi GC di mana-mana gred.

Syarat Khusus (Bukan Siswazah)

Syarat khusus (bukan siswazah) adalah seperti berikut:

  1. Cukup tempoh pada 1Januari tahun permohonan dibuka.
  2. Tempoh bermula dari tarikh naik pangkat.
  3. Bagi GCPC sedia ada, tempoh bermula dari tarikh pemangkuan.
  4. Mata pelajaran utama dan mengajar selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
  5. Colon bidang pentadbiran mesti melepaskan jawatan pentadbiran, sekiranya ditawarkan.

Proses Penilaian

Proses penilaian yang akan dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Hebahan Iklan Permohonan GCPC oleh BPSM.
  2. Pengisian borang permohonan oleh calon dan diperaku oleh KJ melalui e-Pangkat. Proses saringan permohonan oleh Urus Setia GCPC.
  3. Penilaian di lapangan oleh nazir penilai bagi calon yang layak. Senarai calon yang diperaku oleh KPPM dihantar ke BPSM.
  4. BPSM menyerahkan senarai calon ke LKPPP.
  5. Surat tawaran pemangkuan dikeluarkan oleh BPSM kepada yang berjaya.

Proses Permohonan

Pemohon boleh merujuk proses permohonan berikut untuk membuat permohonan:

Kredit: FB Nur Aniza Elias 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!