KEMASKINI MYSEJAHTERA UNTUK GUNA FUNGSI TERKINI
Dengan peralihan ke Fasa Endemik, rakyat Malaysia kini tidak lagi perlu mendaftar masuk menggunakan MySejahtera.
Kemasukan ke premis juga dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
Arahan pemansuhan ini berkuat kuasa 1 Mei 2022.
Walaupun sudah ramai yang tidak menggunakan aplikasi ini, MySejahtera tetap menawarkan pelbagai ciri terbaru untuk pengguna dan rakyat Malaysia.
Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini.
Sumber: Facebook MySejahtera
Ciri Terbaru Pengesanan Hotspot (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera
Dengan menggunakan ciri terkini ini, pengguna aplikasi MySejahtera dapat mengesan titik panas kes penyakit berjangkit seperti penyakit Anjing Gila (Rabies), Demam Campak (Measles), Denggi dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di kawasan sekitar.
Sila rujuk infografik di bawah ini.
Bagaimanakah ciri terbaru (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera berfungsi dan adakah data peribadi saya selamat apabila menggunakan ciri ini?
Untuk makluman, pengesan penyakit berjangkit ini tidak melibatkan penggunaan dan perkongsian maklumat dan lokasi peribadi anda.
Jadi, anda tak perlu risau dan masih boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan informasi berguna berkenaan penyakit berjangkit di sekitar kawasan anda.
Tapi, jangan lupa ya!
Sila kemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terbaru untuk menggunakan ciri baharu ini.
Baca juga:
- PICKIDS : Tarikh Akhir Dos 1 Vaksin Kanak-kanak 15 Mei Ini
- Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM & Klinik Gigi Kerajaan
Maklumat Lanjut Tentang Ciri Terkini MySejahtera
Untuk maklumat lanjut, sila layari mysejahtera.malaysia.gov.my