11 Folic Acid Terbaik Untuk Wanita & Ibu Hamil

folic acid terbaik
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah folic acid terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 11 folic acid terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan.

Baca juga:

Blackmores Folate Folic Acid

folic acid terbaik

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Australia
  • Kuantiti: 90

Blackmores Folate menawarkan dos asid folik yang disyorkan, iaitu 500 mcg, yang menyokong keperluan harian untuk perkembangan janin yang sihat.

Ia penting dalam mencegah kecatatan tiub neural pada bayi, seperti spina bifida. Blackmores dikenali dengan kualiti yang tinggi, menjadikan produk ini selamat dan dipercayai.

Folic acid terbaik ini juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan menyokong kesihatan kardiovaskular.

EFFPI Pren-Fd Active Folate & Vitamin D3 Folic Acid 

folic acid terbaik

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Kapsul
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL 21016032NC
  • Kuantiti: 30

Produk ini menggabungkan asid folik aktif (yang lebih mudah diserap oleh tubuh) dengan vitamin D3. Ini memberikan manfaat tambahan untuk kesihatan tulang dan imuniti.

Ia sesuai untuk ibu mengandung yang memerlukan penyerapan asid folik yang lebih baik untuk menyokong perkembangan jani dan vitamin D3 untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi.

Formulasi folic acid terbaik ini mengurangkan risiko kekurangan nutrisi penting semasa kehamilan.

21st Century Folic Acid

folic acid terbaik

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: USA
  • Kuantiti: 100

Produk ini menawarkan asid folik dalam dos 400 mcg, jumlah harian yang sesuai untuk wanita yang merancang kehamilan atau semasa awal kehamilan.

21st Century dikenali dengan produknya yang berpatutan tetapi berkualiti tinggi, menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang inginkan suplemen asas tanpa membebankan kos.

IBERET FOLIC 500

folic acid terbaik

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL07021532XS
  • Kuantiti: 30

IBERET FOLIC 500 bukan sahaja mengandungi asid folik tetapi juga zat besi, yang membantu mencegah anemia, terutama pada wanita mengandung yang sering mengalami masalah kekurangan zat besi.

Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan suplemen untuk meningkatkan tahap hemoglobiin selain daripada memenuhi keperluan asid folik harian.

LAC Folic Acid

folic acid terbaik

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: USA
  • No. pendaftaran KKM: MAL22026034NCZ
  • Kuantiti: 100

LAC Folic Acid mengandungi 800 mcg asid folik, jumlah yang lebih tinggi daripada kebanyakkan produk lain. Ia sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah penyerapan atau memerlukan dos yang lebih tinggi.

Produk ini membantu dalam pengeluaran DNA yang sihat dan mengekalkan sel darah merah yang mencukupi, sesuai untuk kesihatan keseluruhan.

VITALITA Folic Acid

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: USA
  • No. pendaftaran KKM: MAL23106047NZ
  • Kuantiti: 90

VITALITA menawarkan asid folik yang mudah diserap dalam bentuk suplemen harian.

Produk ini memberikan dos harian yang tepat untuk menyokong kesihatan wanita semasa kehamilan dan juga membantu dalam mengekalkan tahap folat yang sihat untuk kesihatan otak dan sistem kardiovaskular.

Folic Acid ( PRIME ) 

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL 19912085XZ
  • Kuantiti: 100

Suplemen Folic Acid dari PRIME menyediakan 400 mcg asid folik, yang merupakan jumlah yang disyorkan untuk wanita mengandung dan mereka yang merancang untuk hamil.

Selain daripada menyokong perkembangan janin, asid folik ini juga berfungsi dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan membantu mencegah anemia.

Biotective Folic Acid

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL19126090NC
  • Kuantiti: 90

Produk ini menawarkan asid folik berkualiti tinggi dengan dos harian yang disyorkan.

Biotective Folic Acid membantu mencegah kekurangan folat, yang boleh menyebabkan keletihan dan anemia. Ia sesuai untuk ibu mengandung dan wanita yang sedang merancang untuk hamil.

Hovid Folic Acid

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL19911152XZ
  • Kuantiti: 100

Hovid adalah jenama yang terkenal dengan produk farmaseutikalnya. Asid folik Hovid dalam bentuk tablet mengandungi 5 mg folat, sesuai untuk mereka yang memerlukan dos lebih tinggi untuk masalah kesihatan tertentu seperti anemia megaloblastik atau wanita yang pernah mengalami keguguran berulang.

Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah yang sihat dan DNA.

Shaklee B-Complex Plus w Folic Acid

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: USA
  • No. pendaftaran KKM: MAL20096055NC
  • Kuantiti: 120

Shaklee B-Complex bukan sahaja mengandungi asid folik tetapi juga kumpulan vitamin B lain yang penting untuk kesihatan keseluruhan.

Vitamin B penting untuk metabolisme tenaga dan kesihatan sistem saraf. Suplemen ini sangat bermanfaat untuk mereka yang memerlukan sokongan menyeluruh dalam mengekalkan tahap vitamin B dan folat.

APPETON ESSENTIAL FOLIC ACID

Maklumat Produk:

  • Bentuk: Tablet
  • Buatan: Malaysia
  • No. pendaftaran KKM: MAL19988555XZ
  • Kuantiti: 90

Appeton Essential Folic Acid menawarkan folic acid terbaik dan berkualiti yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan penghasilan DNA.

Ia memberikan dos 400 mcg, sesuai untuk ibu mengandung atau mereka yang merancang untuk hamil. Produk ini juha membantu dalam mencegah kecatatan kelahiran yang disebabkan oleh kekurangan folat.

FAQ Folic Acid Terbaik

1. Apa itu Folic Acid dan Kenapa Ia Penting?

Folic acid (asid folik) adalah vitamin B9 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel dalam tubuh. Ia sangat diperlukan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (neural tube defects) pada bayi, seperti spina bifida.

2. Siapa yang patut mengambil folic acid?

– Wanita yang merancang untuk hamil atau sedang hamil
– Wanita yang menyusui bayi
– Individu yang ingin meningkatkan kesihatan jantung dan otak
– Pesakit anemia mengaloblastik
– Individu yang mempunyai kekurangan vitamin B9

3. Apakah kebaikan mengambil folic acid?

– Mencegah kecacatan kelahiran pada bayi
– Membantu pembentukan DNA dan RNA
– Meningkatkan fungsi otak dan kognitif
-Mengurangkan risiko penyakit jantung
Menggalakkan penghasilan sel darah merah yang sihat

4. Berapa dos folic acid yang disyorkan?

– Wanita dewasa : 400 mcg sehari
– Wanita yang merancang kehamilan : 400-600 mcg sehari
– Wanita hamil : 600 mcg sehari
– Wanita menyusui : 500 mcg sehari

5. Bilakah waktu terbaik untuk mengambil folic acid?

Folic acid boleh diambil pada bila-bila masa, tetapi disarankan mengambilnya pada waktu pagi bersama makanan untuk penyerapan yang lebih baik.

6. Bolehkah folic acid diambil bersama vitamin lain?

Ya, folic acid sering terdapat dalam multivitamin atau vitamin pranatal yang mengandungi kombinasi nutrien penting seperti zat besi, kalsium, dan vitamin D. Ia selamat diambil bersama vitamin lain.

7. Adakah kesan sampingan mengambil folic acid?

Folic acid adalah vitamin yang larut air, jadi dos berlebihan biasanya akan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing. Namun, pengambilan folic acid dalam dos yang terlalu tinggi (lebih dari 1,000 mcg sehari) untuk tempoh masa yang panjang boleh menyembunyikan kekurangan vitamin B12 dan menyebabkan komplikasi lain seperti anemia.

8. Berapa lama perlu mengambil folic acid?

Wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil folic acid sekurang-kurangnya 1 hingga 3 bulan sebelum hamil dan meneruskan sepanjang trimester pertama kehamilan. Bagi individu lain, ia boleh diambil secara berterusan selagi ada keperluan atau saranan doktor.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut