FLUX Malaysia: Langganan Kereta Tanpa Beban, Bebas Tukar Bila-Bila!
Ingin merasai pemanduan yang penuh gaya dengan Proton X50 Sport Edition (SE) tanpa perlu risau tentang kos permulaan yang tinggi? Dengan langganan Flux, anda boleh menikmati SUV sporty ini dengan fleksibiliti terbaik, tanpa perlu terikat dengan pinjaman kereta konvensional.
Tambahan pula, semua keperluan seperti insurans, cukai jalan, dan penyelenggaraan sudah termasuk dalam langganan, menjadikan pengalaman memandu lebih mudah dan bebas dari kerumitan. Jika anda ingin memilikinya sepenuhnya, pilihan itu juga tersedia!
Jom kita semak satu per satu, apakah kelebihan yang ditawarkan oleh FLUX Malaysia.
Apa itu FLUX Malaysia?
FLUX ialah perkhidmatan langganan kenderaan di Malaysia yang menawarkan alternatif kepada pembeluan atau penyewaan kereta tradisional. Melalui FLUX, pelanggan boleh melanggan kereta atau motosikal untuk tempoh antara 1 hingga 6 bulan, dengan pilihan untuk menukar kenderaan mengikut keperluan mereka.
Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Aziz Ayman, FLUX beroperasi di Lembah Klang dan merancang untuk mengembangkan perkhidmatannya ke bandar-bandar utama lain di Malaysia. Perkhidmatan ini sesuai untuk individu yang menguruskan penyelenggaraan kenderaan, atau ekspatriat yang bekerja di Malaysia dan memerlukan kenderaan untuk tempoh tertentu.
Baca juga: Proton X50 Sport Edition (SE): Spesifikasi, Varian, Harga
Kenapa Perlu Tukar Kereta Dengan Flux?
Mahu memiliki kereta tanpa perlu membayar wang pendahuluan atau berhutang dengan bank? FLUX menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan menjimatkan!
💰 TIADA BAYARAN PENDAHULUAN! TIADA PINJAMAN BANK!
🚘 Lebih 1,000 kenderaan dari 40+ jenama terkemuka – semuanya diperiksa dengan teliti dan ditawarkan dengan harga sekurang-kurangnya 15% lebih rendah daripada pasaran!
🔥 Bayar SATU harga bulanan tetap & nikmati pakej lengkap tanpa kerisauan! 🔥
✅ Insurans kenderaan komprehensif
✅ Perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu & penumpang (boleh tambah hingga 3 pemandu tambahan)
✅ Cukai jalan – dah termasuk, tak perlu pening kepala!
✅ Penyelenggaraan penuh termasuk kehausan & kerosakan
✅ Bantuan kecemasan 24/7 di seluruh negara dengan perkhidmatan tunda tanpa had
✅ Perkhidmatan concierge – kami uruskan penghantaran, servis & pengambilan kenderaan untuk anda!
✅ Bebas tukar kenderaan bila-bila masa – ikut keperluan & gaya hidup anda!
Kini, anda boleh memandu dengan tenang tanpa perlu risau tentang bayaran pendahuluan, pinjaman bank, atau kos penyelanggaraan yang membebankan. Dengan FLUX, anda menikmati pengalaman memiliki kereta yang fleksibel, mudah, dan bebas daripada komitmen kewangan jangka panjang.
Segalanya telah disediakan untuk anda-dari insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, hingga bantuan kecemasan 24/7.
Jadi, kenapa perlu tunggu? Langgan FLUX sekarang dan rasai kebebasan tanpa had di jalan raya. Untuk maklumat lanjut mengenai cara membiayai kereta baharu anda dengn FLUX, layari DRIVE FLUX.