[LIVE] Final Piala Malaysia 2023: Terengganu FC vs JDT

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023 [FINAL PIALA MALAYSIA – LIVE TERENGGANU FC LAWAN JDT]

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 akan menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC!

Ramalan anda?

Ayuh, kami kongsikan serba sedikit info tentang perlawanan yang akan berlangsung malam nanti.

Pembelian Tiket & Harga

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Disember 2023 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan, harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini dikekalkan seperti perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim lalu yang menyaksikan empat kategori tiket akan diagihkan secara sama rata kepada dua finalis iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

“Sama seperti perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini, tiket serendah RM50 dan RM70 dikekalkan untuk aksi final Piala Malaysia 2023 bagi kategori General Admission selain Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.

“Penyokong-penyokong JDT dan TFC akan memiliki pilihan dengan penetapan empat ‘tier’ harga tiket ini justeru MFL mengharapkan agar mereka dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

“Bagi proses penjualan tiket final Piala Malaysia 2023, MFL seperti mana sebelum ini menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada pasukan finalis bagi memastikan mereka dapat menjual tiket kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata,” katanya.

Harga Tiket Seperti Yang Telah Diumumkan Oleh MFL :
General Admission : RM50
General Admission : RM70
Premium Grandstand : RM150
VIP Grandstand : RM200
* Semua Tiket Adalah Tempat Duduk Bernombor

Tiket dijual secara online melalui laman web https://www.tickethotline.com.my

Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan TFC dalam masa terdekat.

Tarikh & Masa Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2023 [LIVE FINAL JDT vs Terengganu FC]

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023

  • Johor Darul Ta’zim lwn Terengganu FC 
  • Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
  • Tarikh : Jumaat, 8 Disember 2023
  • Waktu : 9 malam
piala malaysia 2023
final piala malaysia 2023

LIVE Streaming Final Piala Malaysia 2023 : JDT vs Terengganu FC

Siaran langsung perlawanan ini akan ditayangkan melalui siaran Astro Arena, dan ia juga akan disiarkan melalui TV Okey.

  • Live Final Piala Malaysia 2023 : Jumaat, 8 Disember 2023
  • Masa : 8.30 malam
  • Siaran langsung di TV Okey & Astro Arena

Link tonton live Piala Malaysia melalui TV Okey 146 di RTMKlik

final piala malaysia 2023 live

Pautan live streaming : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey

Anda juga boleh menyaksikan highlights serta update perlawanan melalui laman web rasmi MFL (Malaysia Football League) : https://www.malaysianfootballleague.com

Peringatan Bagi Pengunjung Stadium

Diminta para penyokong yang hadir untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Peringatan, tiada penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Diminta supaya orang ramai tidak datang ke stadium sekiranya tidak memiliki tiket perlawanan, untuk mengurangkan kesesakan di pekarangan stadium. Terima kasih.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!