Dalam Dewan Rakyat Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Jumlah tersebut diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
Lantaran isu tersebut, orang awam mula kecoh di media sosial mempertikaikan dan membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu.
Perkembangan terkini, siasatan berkaitan isu kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah & PNB ke dalam FashionValet sedang dijalankan.
Baca juga:
- Biodata Vivy Yusof – Usahawan & Ikon Fesyen Malaysia
- STR 2025 : Permohonan, Kemaskini, Semakan Status & Bayaran
- Baucar Buku IPT MySISWAPLACE- Semakan / Penebusan RM100
Latar Belakang FashionValet
FashionValet adalah platform e-dagang fesyen yang diasaskan pada tahun 2010 oleh pasangan suami isteri, Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar.
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia, platform ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian siap pakai, termasuk pakaian Muslimah, pakaian dalam, dan pakaian renang. FashionValet juga menyediakan penghantaran segera dan pengalaman pengguna yang terbaik untuk pelanggan di seluruh dunia.
Ciri-Ciri Perrniagaan
- Platform E-Dagang : FashionValet menyediakan platform dalam talian yang memudahkan pelanggan membeli pelbagai jenama fesyen tempatan dan antarabangsa.
- Pelbagai Jenama : Menawarkan lebih daripada 500 jenama, termasuk jenama dalaman seperti dUCk dan LILIT.
- Penghantaran Antarabangsa : Menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia, membolehkan pelanggan antarabangsa menikmati produk mereka.
- Pengalaman Pengguna : Menekankan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan antara muka pengguna yang mesra dan perkhidmatan pelanggan yang responsif.
Pencapaian
- 2008 – Vivy Yusof memulakan blognya , ProudDuck, semasa belajar undang di London School of Economics, UK
- 2010 – FashionValet dilancarkan dengan 10 jenama dan RM100k (£18k) simpanan dan pinjaman peribadi
- 2012 – FashionValet memperoleh RM1 juta daripada MyEG Services Bhd untuk 30 peratus kepentingan dalam perniagaan selepas menjuarai Rancangan TV realiti, Make The Pitch. Bilangan jenama mencecah 150
- 2012 – Pendapatan berganda dari tahun 1 hingga tahun 2
- 2012 – Persaingan meningkat untuk FashionValet kerana Zalora dan pemain lain memasuki pasaran
- 2013 – Vivy Yusof pertama kali bergambar memakai tudung
- 2014 – Vivy mencipta label dUCk, menjual tudung dan aksesori, dan dinamakan sempena blognya sendiri, ProudDuck
- 2015 – Kedai FashionValet dibuka. FashionValet melancarkan koleksi pakaian kanak-kanak
- 2017 – Vivy diiktiraf olehForbes30 bawah 30 Asia
- 2019 – Vivy dilantik menganggotai lembaga pengarah UiTM (Universiti Teknologi Mara)
- 2019 – FashionValet berkembang ke Timur Tengah
Kejayaan FashionValet
FashionValet telah menerima anugerah daripada MATRADE yang merangkumi ‘Anugerah Peneraju Eksport’ belia dan daripada #MYCYBERSALE sebagai pengeksport teratas untuk kempen tahunan 2016-nya.
Pada tahun 2017, FashionValet berada dalam 3 teratas dalam Fashion E-Tail untuk #MYCYBERSALE.
Selain itu, Vivy dan Fadza selaku pengasas bersama syarikat ini turut menerima pelbagai anugerah individu yang berprestij. Antaranya seperti berikut:
Anugerah Yang Diterima Vivy Yusof :
- Bella Business Award 2013
- Ikon Wanita Puteri UMNO pada tahun 2014
- Young Entrepreneur Award (Tribute to Women Malaysia) 2016/
- Young Entrepreneur of the Year Award (Asean@50 Achievement Awards) 2017.
- Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017.
- Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015.
- 60 Wanita Inspirasi Nona.
- Pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Mei 2019.
- Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017.
- Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.
- Entrepreneur Par Excellence (Malaysia Tatler) 2019.
Anugerah Yang Diterima Fadza Anuar :
- Dianugerahkan salah seorang Augustman Men of The Year pada 2015.
- Tersenarai dalam Malaysia Tatler Gen T List pada 2017 – 50 daripada individu paling cemerlang, dan berpengaruh.
Isu dan Kontroversi
Pada tahun 2022, FashionValet mengumumkan penutupan operasinya dan memfokuskan perniagaan kepada jenama dalaman mereka, dUCK dan LILIT. Keputusan ini dibuat setelah melihat trend perniagaan yang beralih kepada penjualan langsung kepada pengguna, terutamanya semasa pandemik COVID-19.
Pada tahun 2024, dilaporkan bahawa Khazanah dan PNB telah menjual pasangan mereka dalam FashionValet dengan harga hanya RM3.1 juta, mengalami kerugian besar berbanding pelaburan awal mereka sebanyak RM47 juta.
Kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB telah menimbulkan kritikan daripada orang awam, yang mempersoalkan keputusan pelaburan dalam syarikat tersebut.
Siasatan Pelaburan Khazanah & PNB Dalam FashionValet
Perkembangan setakat ini, SPRM telah memulakan siasatan kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet. Siasatan tersebut dijalankan oleh kerana jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu dan membabitkan kepentingan awam.
Antara fokus siasatan adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam pelaburan itu serta unsur-unsur rasuah dalam perniagaan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
SPRM BUKA SIASATAN BERHUBUNG PELABURAN KHAZANAH DAN PNB DALAM PERNIAGAAN FESYEN DALAM TALIAN
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.
Siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.
SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional. Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terlibat.
TAN SRI DATO’ SRI AZAM BAKI
2 NOVEMBER 2024
Permohonan Maaf Vivy & Fadza
Semalam, Vivy dan Fadzaruddin memuat naik kenyataan bersama menerusi akaun Instagram masing-masing susulan isu terkini membabitkan penjualan saham PNB dan Khazanah dalam syarikat itu.
Mereka turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.
Vivy dan Fadzaruddin juga mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif.
Mereka mengakui melakukan kesilapan dengan mengembangkan perniagaan tersebut biarpun ketika pandemik COVID-19 berlaku. Menurut Vivy, kegagalan tersebut adalah kerana tindakan mereka yang membuat pelaburan terlalu banyak ke dalam sistem teknologi dan memperbesarkan pasukan dengan terlalu cepat.
Masing-masing juga telah melepaskan jawatan tertinggi mereka dalam FashionValet Sdn Bhd.
Sumber:
- Facebook Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia @SPRMMALAYSIA
- Instagram @vivyyusof
- Datin Vivy Yusof, Entrepreneur and Co-founder, FashionValet and The dUCk Group. Tatler