Advertisements

e-UKCG: Semakan Keputusan & Temuduga Lantikan CoS 2021

Advertisements

Semakan Keputusan e-UKCG 2021 : Panduan, Tips & Tarikh Penting

Untuk makluman, calon-calon diminta perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG di bawah:

  • Semakan Keputusan e-UKCG : 28 Oktober 2021
  • Temuduga Saringan Temuduga Lantikan CoS: 1 hingga 14 November 2021

Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga: PKSK 2021: Permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Cara Semakan Keputusan e-UKCG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) konsisten dalam melaksanakan pemilihan calon guru yang berminat, berkelayakan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.

Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘SEMAKAN KEPUTUSAN’ dalam tempoh masa yang ditetapkan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.

Semakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal :
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |

Apakah UKCG & eUKCG?

UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

Tips Temuduga UKCG

Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok.

Point no.7 ramai yang terlepas pandang.

Apakah UKCG?

  1. UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
  2. Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
  3. Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
  4. Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
  5. Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
  6. Soalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.

: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.

No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok

  1. Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.

: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.

  1. Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.

: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.

Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.

Moga terlahirnya guru yang berkualiti.

Wish you all Good Luck!

*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.

Tarikh Ujian eUKCG 2021

e-UKCG dijalankan pada tarikh berikut:

  • Saringan Ujian Kelayakan Calon Guru: 11-16 Oktober 2021
  • Semakan Keputusan e-UKGC & Panggilan Temuduga : 17-31 Oktober 2021
  • Saringan Temuduga Lantikan CoS : 1-14 November 2021

Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG

e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.

Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.

Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:

Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/

Baca juga: PISMP 2021: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM

Tarikh Semakan Keputusan Calon Jaya

Pengumuman rasmi calon jaya adalah sekitar November 2021. (akan diumumkan nanti)

Semakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
https://mypdpp.moe.gov.my/

Maklumat terkini berkaitan proses pengambilan PISMP 2021 boleh diakses menerusi portal PISMP

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |

https://pismp.moe.gov.my/kalendar.cfm/

Maklumat berkaitan Proses Saringan dan Tarikh-tarikh penting Pengambilan PISMP 2021

https://pismp.moe.gov.my/maklumat_penting.cfm/

Maklumat lain yang berkaitan boleh juga dilayari di facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, IPGM

https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/

Leave a Comment