Sukacita dimaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2024 dibuka mulai 10 September hingga 8 November 2023 hingga melalui Portal epKhas KPM.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat, lokasi sekolah dan cara membuat permohonan.
Apakah Sekolah Pendidikan Bekeperluan Khas?
Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan.
Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas).
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), SMPKV dan Kolej Vokasional yang ditawarkan dalam permohonan adalah seperti dalam senarai berikut:
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
- SMPKV Shah Alam, Selangor
- SMPKV Indahpura, Johor
- SMPKV Kuantan, Pahang
- SMPKV Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Senarai Kursus
Antara senarai kursus yang ditawarkan adalah :
SMPKV INDAHPURA, KULAI JOHOR
- Refleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga
- Perkhidmatan Estetik (Seni Kecantikan)
- Penyediaan Dan Pembuatan Makanan
- Operasi Pengemasan
- Dandanan Rambut
- Penerbitan Meja
- Rekabentuk Grafik
SMPKV SHAH ALAM, SELANGOR
- Pembuat Pakaian Wanita
- Operasi Pembuatan Perabot
- Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa
- Peralatan Penyamanan Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)
- Penerbitan Meja
- Operasi Pengeluaran Batik
- Penyediaan dan Pembuatan Makanan
- Motosikal-Penyelenggaraan & Perkhidmatan
- Dandanan Rambut
Rujuk senarai lanjut:
Syarat Permohonan MBPK Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Melalui Portal epkhas
Syarat permohonan bagi kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti dari sekolah kerajaan bantuan kerajaan
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
- Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Berkeupayaan mengurus diri
Cara Permohonan Pendidikan Khas Melalui epKhas
Sila layari permohonan dalam talian melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my
Untuk pertama kali memasuki sistem ini, Ibu bapa/penjaga wajib mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan. Sila klik pada perkataan Daftar Pengguna.
Nota: Sekiranya Ibu bapa atau penjaga telah mendaftar dan mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.
Rujuk manual penuh dalam lampiran di bawah:
Maklumat Lanjut
Bahagian Pendidikan Khas(BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 9190
No.Faks: 03 – 8888 6670
MUAT TURUN :
- Panduan Bahagian Khas
- Panduan Ibu Bapa/Penjaga
- Surat Arahan
- Carta Alir
- Takwim
- Syarat Permohonan
- Senarai Kursus SMKPK/SMPKV/KV KENINGAU
- Maklumat Kursus
Baca juga: