ePiala Malaysia 2025 merupakan kejohanan e-sukan yang dinanti-nantikan, menggabungkan elemen bola sepak tradisional dengan dunia digital.
Acara ini dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai usaha untuk mempromosikan e-sukan di Malaysia dan memberikan platform kepada pemain untuk menunjukkan bakat mereka dalam permainan video bola sepak.
Kejohanan ini terus menjadi platform utama bagi pemain esukan tempatan untuk menunjukkan bakat mereka dan bersaing di peringkat tertinggi.
Siapakah yang bakal bergelar juara dan mewakili Malaysia dan Asia untuk bersaing di pentas antarabangsa?
Latarbelakang dan Format ePiala Malaysia
Kejohanan ePiala Malaysia 2025 merupakan satu-satunya kejohanan di Asia yang menawarkan slot kepada juara untuk bersaing di FC Pro World Championship “Play-Ins”.
Penganjurn edisi tahu 2025 kali ini akan menampilkan 16 pasukan yang terdiri daripada kelab-kelab Liga Super dan Liga Premier Malaysia.
Setiap pasukan akan diwakili oleh pemain e-sukan profesional yang akan bersaing dalam perlawanan simulasi bola sepak menggunakan permainan video terkini.
Dengan perkembangan pesat e-sukan di Malaysia, ePiala Malaysia dijangka menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan.
Ia bukan sahaja mempromosikan e-sukan tetapi juga mengukuhkan hubungan antara bola sepak tradisional dan dunia digital, membuka peluang baru untuk pemain, kelab, dan peminat.
Secara keseluruhan, kejohanan e-Sukan ini adalah langkah positif dalam memajukan industri e-sukan negara, memberikan platform kepada bakat tempatan untuk bersinar dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam peta e-sukan global.
Tarikh ePiala Malaysia 2025
Saksikan kesemua perlawanan secara langsung bermula pada 22 Mac sehingga 19 April 2025 pada jam 9 malam sehingga 12 tengah malam.
Senarai Passukan dan Pemain
Kesemua 16 pasukan yang terlibat di saingan Piala Malaysia telahpun berjaya melengkapkan pendaftaran untuk menghantar wakil bersaing di kejohanan ePiala Malaysia 2025.
Gambar di atas adalah 16 Pemain yang akan bersaing di Kejohanan ePiala Malaysia 2025.
16 Pemain bakal merebut takhta kejuaraan seterusnya mendapatkan slot ke pusingan Play-Ins FC Pro World Championship.
FC Pro World Championship Play-Ins merupkejohanan bagi merebut slot untuk ke saingan FC Pro World Championship.
Pasukan manakah yang bakal bergelar juara pada edisi tahun ini?
Jadual perlawanan & tonton LIVE
Muat turun aplikasi MFL di peranti mudah alih anda sekarang dan saksikan kesemua perlawanan jadual ePiala Malaysia secara langsung menerusi aplikasi MFL!
Muat turun sini: https://onelink.to/mflapp
Maklumat lanjut
Untuk perkembangan terkin kejohanan ePiala Malaysia 2025, sila ikuti halama rasmi eMLF seperti berikut:
Artikel menarik: