Ekonomi Madani merupakan satu kerangka ekonomi yang telah diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan Malaysia.
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ adalah sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dan menjadi satu wawasan untuk kita membina Malaysia yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita.
Wawasan ini akan dibina berasaskan nilai-nilai MADANI dan memerlukan penggemblengan seisi masyarakat Malaysia untuk merealisasikan visi ini.
Ianya juga akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak antaranya termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Fokus
Ekonomi Madani memfokuskan kepada 2 perkara berikut:
- Menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia
- Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia
Artikel berkaitan: Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani
Matlamat Ekonomi Madani
- Kedudukan antara 30 ekonomi terbesar dunia
- Tangga ke-12 teratas dunia dalam Daya Saing Global
- Tangga ke-25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia
- Meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada 45%
- Tangga ke-25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah
- Ke arah kemampanan fiskal, sasaran defisit fiskal 3%, atau lebih rendah
- Kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencapai 60%
Menangani masalah NEM
Terdapat tiga masalah utama dari Model Ekonomi Baharu (NEM) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010 dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi hingga ke hari ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
3 masalah tersebut ialah:
- Penumpuan sektor ekonomi secara terpilih
- Dasar gaji yang tidak progresif
- Kedudukan kewangan kerajaan lemah
Kerangka Ekonomi Madani berjaya menganjakkan pendekatan ekonomi negara untuk memberi pil-pil ekonomi yang lebih radikal untuk menyelesaikan masalah-masalah pokok.
Sebahagian pil-pil ekonomi telah pun dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang merupakan industri yang mendapat pelaburan tertinggi di dunia.
Selain mencipta peluang-peluang ekonomi, ia juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur kerana banyak syarikat berteknologi tinggi yang mahukan tenaga bersih untuk memindahkan operasi mereka ke negara ini.
Penganalan Dasar Gaji Progresif dijangka akan menaikkan gaji kerja awam dan swasta dan untuk pengetahuan ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan dalam menetapkan gaji semua pekerja.
Artikel berkaitan: Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud, Konsep & Lagu
Intipati penuh Ekonomi Madani
Bagi mengetahui intipati penuh kerangka Ekonomi Madani yang diperkenalkan ini, sila rujuk slaid di bawah yang telah dibentangkan oleh PM Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023 yang lalu:
Sumber: Pejabat Perdana Menteri