EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)

login eis perkeso
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

EIS PERKESO (SKIM INSURANS PEKERJAAN)

EIS PERKESO atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ialah sebuah sistem dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial.

SIP ditubuhkan bertujuan untuk memberi perlindungan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).

Bagaimanakah cara daftar, login dan mohon faedah / tuntutan di bawah EIS PERKESO?

Di sini kami kongsikan caranya dengan lebih terperinci.

Apakah EIS PERKESO?

Tuntutan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) boleh diberikan kepada pencarum PERKESO sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan.

Bermula 1 Januari 2018 PERKESO telah memperkenalkan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Kini, PERKESO memberikan faedah penuh bagi pekerja yang berkelayakan dengan bantuan faedah seperti berikut:

1. Elaun Mencari Pekerjaan
2. Elaun Pendapatan Berkurangan
3. Yuran Latihan
4. Elaun Latihan
5. Elaun Bekerja Semula Awal
6. Program Perkhidmatan Pekerjaan

eis perkeso

Syarat Kelayakan

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

  • Pembuangan kerja dan pertindihan
  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Situasi Yang Tidak Layak Dianggap Sebagai Kehilangan Pekerjaan

Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:

  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkidmatan)
eis perkeso

Jumlah Bayaran / Faedah EIS PERKESO

Berapakah bayaran / elaun yang boleh dimohon daripada PERKESO sekiranya anda mengalami kehilangan pekerjaan?

Terdapat 3 jenis elaun berikut:

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Gantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggalnya
  • Penerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan
  • Tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya
  • Dalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaanya, pemohon layak menerima EMP dan EPB
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
  • Dibayar secara pukal

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Suatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh EMP
  • Kadar bayaran adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar
  • Dibayar secara pukal

Cara Tuntutan Elaun Diberhentikan Kerja EIS / SIP PERKESO

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di https://eiscentre.perkeso.gov.my/benefits-calculator/
  3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan di atas.

Pemohonan tersebut boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction

login eis perkeso

Baca juga:

Dokumen Yang Diperlukan

(i) Permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(ii) Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini.
(a) Salinan kad pengenalan
(b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)
(c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
(d) Salinan akaun bank
Dokumen sokongan
(e) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
(f) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak
(g) Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)

Kaedah Pembayaran / Senarai Bank

(i) Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang secara elektronik. Sebarang masalah dengan kaedah ini, boleh berhubung dengan pegawai PERKESO serta membuat perakuan maklumat bank.

(ii) Pembayaran hanya akan dilakukan bagi bank yang tersenarai. Sila rujuk kepada senarai bank yang disertakan:
(1) AFFIN BANK
(2) AGRO BANK
(3) AL RAJHI BANK
(4) ALLIANCE BANK
(5) AM BANK
(6) BANK ISLAM
(7) BANK MUAMALAT
(8) BANK OF AMERICA
(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11) BANK RAKYAT
(12) BANK SIMPANAN NASIONAL
(13) BNP PARIBAS MALAYSIA
(14) CIMB BANK
(15) CITIBANK
(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17) HONG LEONG BANK
(18) HSBC BANK
(19) IND & COM BANK OF CHINA
(20) J.P. MORGAN CHASE
(21) KUWAIT FINANCE HOUSE
(22) MAYBANK
(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24) OCBC BANK
(25) PUBLIC BANK
(26) RHB BANK
(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28) STANDARD CHARTERED BANK
(29) SUMITOMO MITSUI BANK
(30) UNITED OVERSEAS BANK

eis perkeso

Terma & Syarat Permohonan EIS PERKESO

Nota: ASIP ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.
  • Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.
  • Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.
  • Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.

Baca juga: PERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Faedah SIP, anda boleh merujuk pautan berikut: https://eiscentre.perkeso.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut