Bagi masyarakat sebelah Pantai Timur, pasti tidak asing lagi dengan nama penyanyi tersohor Den Manjo dan Eda Ezrin.
Mungkin nama-nama ini agak asing bagi peminat muzik di luar Kelantan, namun anda pasti tidak asing dengan lirik lagu “Bey Sobar Bey” yang kini menjadi trend di TikTok.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai dalam kalangan masyarakat Kelantan khususnya, Eda Ezrin
Baca juga:
- Biodata Vivy Yusof – Usahawan & Ikon Fesyen Malaysia
- Cik Epal Biodata Lengkap – Blogger & Usahawan Terkenal
- Jofliam Biodata Lengkap – Pemilik Piza Wagyu Viral
Latar Belakang
Nama | Wan Norsahidah Azlin binti Wan Ismail, |
Nama Panggilan | Eda Ezrin |
Tarikh Lahir | 11 Mei 1995 |
Tempat Lahir | Kampung Perol, Kota Bharu, Kelantan |
Pekerjaan | Penyanyi |
Akaun Media Sosial | Instagram (@eda_ezrin) TikTok @edaezrin99 |
Kehidupan Peribadi
Menurut rekod, Eda Ezrin sudah berkahwin dan mempunyai anak. Namun maklumat berkaitan keluarganya tidak dapat dipastikan secara tepat.
Selain menyanyi, beliau dikhabarkan mempunyai perniagaan restoran yang diusahakan sendiri di Kota Bharu, iaitu Eda Ezrin Station.
Kerjaya & Profesional Eda Ezrin
Eda Ezrin memulakan kerjaya nyanyiannya sejak berusia 12 tahun dan telah menghasilkan beberapa lagu dalam loghat Kelantan.
Beliau merupakan seorang penyanyi dikir barat moden dan selebriti terkenal di Pantai Timur Malaysia. Lagu beliau, “Cinta Setandan Pisang”, telah menjadi viral di aplikasi TikTok dan mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan.
Beliau juga aktif di platform media sosial seperti TikTok, dengan akaun @edaezrin99 yang mempunyai lebih 692,900 pengikut dan 8.3 juta tanda suka.
Walaupun terdapat peraturan di Kelantan yang melarang penyanyi wanita membuat persembahan di depan khalayak umum, Eda menyatakan bahawa beliau tidak disekat untuk berkarya dan masih boleh meneruskan kerjaya seni melalui platform media sosial.
Selain itu, Eda Ezrin juga aktif mempromosikan produk usahawan tempatan dan membuat persembahan di luar Kelantan. Beliau berharap agar lagu-lagu dalam loghat Kelantan dapat diterima di peringkat arus perdana dan mendapat tempat di hati pendengar muzik seluruh negara.
Lagu Viral Bey Sobar Bey
Pada tahun 2024, Eda Ezrin berkolaborasi dengan Den Manjo dalam lagu “Cinta Setandan Pisang” yang dicipta oleh Eddie Hamid. Lagu ini mendapat sambutan baik dan telah diputarkan di stesen-stesen radio nasional seperti Era FM, Suria FM, dan Nasional FM.
Rekod terkini, lagu viral Bey Sobar Bey sudah mendapat 23 juta tontonan dan 90 ribu tanda suka di YouTube Channel Kijang Music sejak 10 bulan telah dimuat naik.
LIRIK LAGU BEY SOBAR BEY
Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan di Golok
Seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di sebuah hotel di Sungai Golok pada 1 November 2024.
Dalam serbuan tersebut, polis menemui 6,000 biji pil kuda. Penyanyi berusia 20-an itu ditahan bersama lima individu lain, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, yang berusia antara 25 hingga 34 tahun. Mereka disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk prosiding reman dan pendakwaan. Mereka ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok sebelum dibawa ke mahkamah.
Identiti penyanyi tersebut tidak didedahkan kepada umum. Namun ramai yang mengaitkannya dengan penyanyi wanita popular, Eda Ezrin.
Sehingga kini tiada maklumat rasmi yang diterima dan pihak polis masih melakukan siasatan lanjut.
Sumber:
- Eda Ezrin Channel. Facebook
- Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan di Golok. Sinar Harian