Tak lama lagi harga di Kedai Eco Shop Malaysia akan naik lagi RM 0.20!
Dalam musim ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita memilih untuk berbelanja dan membeli barang keperluan di kedai harga jimat, contohnya yang menawarkan harga RM2 seperti kedai Ninso, Zon Jimat, dan paling popular, rangkaian Eco Shop Malaysia.
Eco Shop antara lokasi membeli belah pilihan ramai lantaran harganya yang mudah. Bukan sahaja menawarkan barangan pada harga serendah RM2.40, pelbagai jenis produk dijual membuatkan kita rambang mata.
Kedai Eco Umum Naik Harga RM0.20 Di Semua Rangkaian
Bermula 14 April 2025, Eco Shop bakal menaikkan harga baharu RM2.60 di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak, harga akan naik kepada RM2.80.
Pengumuman kenaikan harga yang tiba-tiba ini menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pelanggan tetap, ramai antaranya yang bergantung kepada harga mampu milik kedai ini selama bertahun-tahun.
Dalam kenyataan pada banner tersebut, Eco-Shop menyatakan bahawa kenaikan ini dibuat demi mengekalkan kualiti produk serta memastikan perkhidmatan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pada tahun 2023, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, pernah berkata bahawa mereka akan berusaha mengekalkan harga RM2.40 sekurang-kurangnya selama lima tahun.
Kali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Jun 2022, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.20 kepada RM 2.40 di Semenanjung manakala RM2.40 kepada RM2.60 di Sabah dan Sarawak.
Jadi, bagi anda yang masih nak beli barang dalam masa terdekat, bolehlah rancang perbelanjaan dan mungkin boleh beli lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan iaitu 14 April 2025, ya!
Baca juga: