e-SIJIL MUET – Muat Turun Sijil Online (Download)

e-SIJIL MUET : Cara Download e-SIJIL MUET & Soalan Lazim

Bermula dari Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak sendiri melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Dalam kata lain tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan kertas (harcopy) akan dikeluarkan oleh MPM.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang bagaimana cara untuk memuat turun dan mencetak e-SIJIL MUET calon.

Baca juga:

PEWARTAAN: Sijil MUET Secara Dalam Talian (e-SIJIL)

e-SIJIL MUET

Berkuat kuasa mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my. Tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.

Penggunaan e-SIJIL ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Panduan untuk mendapatkan e-SIJIL MUET boleh dirujuk dalam Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET yang terdapat di portal MPM di https://www.mpm.edu.my.

Cara Download & Cetak e-SIJIL MUET

Berikut adalah cara untuk memuat turun dan mencetak e-SIJIL MUET:

  1. Layari portal rasmi MPM di pautan berikut: https://sijil.mpm.edu.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan calon dan klik butang “Submit”.
  3. Maklumat berkaitan keputusan MUET calon akan terpapar di skrin.
  4. Calon boleh muat turun dalam format PDF atau cetak e-SIJIL MUET sebagai hardcopy.

[Muat Turun] Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET 2024

Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?

Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.

2. Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?

Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.

3. Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?

Tiada apa-apa syarat dikenakan.

4. Ada berapa kertas dalam MUET?

Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

5. Berapakah bayaran yuran MUET?

Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00.

6. Bagaimanakah untuk membuat perdaftaran MUET?

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

7. Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?

Calon boleh menyemak status pandaftaran MUET dengan dua cara:

– Melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
– Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.

8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

9. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?

Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.

10. Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?

Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

11. Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?

Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.

12. Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?

Tidak boleh.

13. Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan, Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?

Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:

– Calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
– Calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)

Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

14. Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?

Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

15. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?

Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

16. Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?

Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.

17. Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:

– Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
– Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

18. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?

Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:

– Melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
– Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

19. Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.

20. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?

Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.

21. Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?

Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.

22. Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?

Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.
Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?

23. Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?

MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan.

Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai MUET 2024, anda boleh ikuti Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia; atau laman sosial berikut:

Bantu kami share artikel ini: