e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Gaji Penjawat Awam Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Laman web e-Penyata Gaji mengalami gangguan hari ini apabila ramai Penjawat Awam mengadu tidak dapat mengakses portal tersebut untuk menyemak penyelarasan gaji bulanan mereka dengan berkuatkuasanya SSPA mulai Disember 2024.

Setakat pukul 6 petang, laman web tersebut dilaporkan masih tidak dapat dilayari akibat jumlah pengguna yang terlalu tinggi.

e-penyata gaji penjawat awam

Penyelarasan gaji penjawat awam melibatkan kenaikan 15% kepada pegawai pelaksana dan pengurusan profesional, manakala kenaikan 7% kepada pegawai pengurusan tertinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang info dan update berkaitan laman web ini untuk makluman bersama.

Apakah e-Penyata Gaji Penjawat Awam?

e-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi akses kepada Penjawat Awam / Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.

Portal ini akan memudahkan lagi urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan seumpamanya.

Sistem daftar e-Penyata ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen.

Bagi pekerja sektor swasta, anda dinasihatkan untuk mencarum ke dalam Skim Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melayakkan anda untuk terima pelbagai bantuan kerajaan seperti program ERP dan Subsidi Upah.

Ciri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) juga ingin memaklumkan bahawa eSPGL mula boleh dicapai dengan ciri keselamatan baharu berikut :

  1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.
  2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.
  3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.
  4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.
  5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.
  6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email protected]
  7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini boleh digunakan bermula Disember 2022.

PANDUAN MEMASUKKAN KATA LALUAN BAHARU SISTEM EPENYATA GAJI

Sekiranya ada kesukaran bagi memasukkan kata laluan baharu di sistem ePayslip, boleh rujuk panduan berikut.

Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan ePayslip :

  • Jumlah character kata laluan hendaklah 8-12 character
  • Mengandungi sekurangnya 1 huruf besar
  • Mengandungi sekurangnya 1 huruf kecil
  • Mengandungi sekurangnya 1 nombor
  • Mengandungi sekurangnya 1 aksara khas (simbol dibenarkan – @$!%*?&)
  • Contoh : P@ssword1234

Cara Semakan e-Penyata Gaji Online

Berikut adalah cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.

1. LAYARI LAMAN WEB E-PENYATA GAJI

Pergi ke pautan berikut untuk melayari laman web rasmi e-Penyata Gaji: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

2. DAFTAR PENGGUNA BARU

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan seperti berikut:

e-penyata gaji penjawat awam

3. ISIKAN MAKLUMAT

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK.

Semak dan pastikan semua maklumat yang diisi disahkan sahih oleh sistem.

e-penyata gaji penjawat awam

Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin DAFTAR MASUK akan dipaparkan.

4. DAFTAR MASUK

Login e-Penyata Gaji dengan menekan klik pada butang “Daftar Masuk”.

Masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod
Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.

5. KEMASKINI MAKLUMAT

Sebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan No H/P dan Alamat e-mel.

Langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.

6. MUAT TURUN PENYATA GAJI

Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, barulah anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

i) Menyemak Penyata Gaji Bulanan

  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

ii) Menyemak Penyata Gaji Tahunan

  • Klik ”Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu ”Sendiri”.
  • Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (JANM)

Maklumat Yang Ditunjukkan Dalam Penyata Gaji

Penyata Gaji Penjawat Awam yang dipaparkan akan menunjukkan maklumat berikut:

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah: potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji.

Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji.

ePaySlip JANM

Jangan lupa muat turun apps ePayslip JANM Mobile di telefon bimbit anda.

Pengguna disaran menggunakan peranti Android (minima Versi 4.4) atau iOS (minima Versi 11) bagi pemasangan ePayslip JANM Mobile App.

Aplikasi juga memerlukan pengguna memasang perisian PDF Reader didalam peranti masing- masing bagi memudahkan proses muat turun atau serta paparan Penyata Gaji, Penyata Tahunan dan Penyata Untuk Pinjaman.

Fungsi Aplikasi ePayslip JANM

Bagi memudahkan lagi pengguna untuk menyemak e-Penyata Gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui smartphone, versi mobile kini sedia untuk dimuat turun di AppStore dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu

  • untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan,
  • untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja),
  • untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan
  • untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.

PANDUAN PENGGUNA

e-penyata gaji penjawat awam
e-penyata gaji penjawat awam
e-penyata gaji
e-penyata gaji
e-penyata gaji
e-penyata gaji
e-penyata gaji
e-penyata gaji

Peringatan Penting:

*Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulanPenyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.

*Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

*Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi [email protected] dengan menyertakan Nama Penuh ,No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.

Telefon : 03-8882 1000

Facebook: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut