Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuka pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 69/25 (Lelaki dan Perempuan) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM dibuka mulai 15 Ogos 2024 hingga 15 Oktober 2024.
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan mendaftar akaun di e-Pengambilan TUDM.
Syarat Kelayakan Umum
Berikut adalah syarat kelayakan umum bagi pengambilan TUDM:
- Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
- TIDAK BERKAHWIN atau BUJANG untuk wanita.
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Feb 2025.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN
Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
CALON LEPASAN DIPLOMA
Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM / SVM
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
- Kimia
TARAF KESIHATAN
Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)
- Tinggi Minimum : 1.65 meter
- Berat Minimum : 49kg
- BMI : 18 hingga 25
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Perempuan)
- Tinggi Minimum : 1.60 meter
- Berat Minimum : 46kg
- BMI : 18 hingga 25
Gaji / Elaun / Keistimewaan
Berikut adalah gaji / elaun / keistimewaan bagi pengambilan TUDM:
GAJI PERMULAAN
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
- Skim SPM atau SVM : RM1,879.00
- Skim SKM Tahap 2 : RM 1,945.01
- Skim SKM Tahap 3 : RM 2,011.02
- Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,341.07
Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)
KENAIKAN TAHUNAN
Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
KEISTIMEWAAN
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Cara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM
BORANG PERMOHONAN PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 69/25 (LELAKI & PEREMPUAN) AKAN DIBUKA BERMULA 15 OGOS 2024 SEHINGGA 15 OKTOBER 2024. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI AKAUN PEMOHON UNTUK MEMOHON
Bagi calon yang berminat, sila layari laman sesawang http://kerjaya.airforce.mil.my untuk mendaftar Akaun Pemohon dan mengisi borang permohonan.
Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemiliohan adalah TIDAK diterima.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM
Baca juga: