Ramai pembayar cukai dan perniagaan yang masih tidak tahu tentang e-INVOIS, iaitu merupakan TRANSAKSI DIGITAL antara PENJUAL dan PEMBELI. Ianya BOLEH menggantikan penggunaan invois yang biasa dipraktikkan dalam transaksi perniagaan. Peniaga boleh terus menggunakan sistem invois sedia ada seperti biasa tetapi bagi tujuan PEMATUHAN CUKAI, ia wajib dilaksanakan, seperti yang diumumkan dalam BELANJAWAN 2024.
Bermula pada 1 Ogos 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat.
Ini akan dimulakan dengan pembayar cukai yang berpendapatan atau mencapai jualan tahunan melebihi RM100 juta, sebelum ia dipanjangkan kepada syarikat-syarikat berpendapatan RM100 juta dan ke bawah pada 1 Januari 2025 dan 1 Julai 2025.
Kaedah e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan pembayaran cukai. Ini akan sekaligus memastikan pembayaran cukai lebih adil kepada semua pembayar cukai, tidak kira peringkat pendapatan.
Usaha ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.
e-Invois akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini untuk makluman semua, khususnya para majikan.
Apa itu e-Invois?
eInvois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli, menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format pdf, jpeg, doc dan lain-lain.
eInvois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.
Dalam Belanjawan 2024, PM mengumumkan pelaksanaan mandatori bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024, manakala pelaksanaan untuk semua pembayar cukai bermula 1 Julai 2025.
Siapa Wajib Guna e-Invoice?
e-Invois terpakai kepada semua PEMBAYAR CUKAI yang menjalankan aktiviti komersial di Malaysia. Ini termasuklah perniagaan yang melibatkan penyediaan barangan dan perkhidmatan, serta beberapa urus niaga bukan perniagaan antara individu.
Semua individu dan entiti yang sah di bawah perundangan dikehendaki mematuhi keperluan e-Invois, termasuklah:
1. Persatuan;
2. Kumpulan orang;
3. Cawangan;
4. Amanah perniagaan;
5. Koperasi;
6. Syarikat;
7. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT);
8. Perkongsian;
9. Tabung amanah hartanah;
10. Amanah harta;
11. Amanah pelaburan hartanah;
12. Pejabat perwakilan dan pejabat wilayah;
13. Badan amanah; dan
14. Unit amanah.
APA TUJUAN e INVOIS ?
Seluruh dunia perlu bersiap sedia ke arah ekonomi digital. Banyak negara yang sudah memulakan e Invois. Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, e-Invois dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai negara
BAGAIMANA eINVOIS DIKELUARKAN?
Penjual boleh mengeluarkan eInvois samada melalui PORTAL MYINVOIS yang dibangunkan oleh HASIL atau melalui Application Programming Interface (API) (bagi perniagaan berskala besar)
Artikel menarik: e-Billing LHDN: Semakan Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai
Manfaat & Kelebihan
Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi
perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai dan berikut adalah kelebihan lain yang akan diperoleh dengan pengenalan ini:
- Proses penyediaan invois secara manual telah diringkaskan melalui
penyediaan dokumen dan pengemukaan invois secara elektronik.
Pengautomasian kemasukan data invois ini juga mengurangkan kesilapan
dan proses manual oleh pembayar cukai. - Memudahkan pengemukaan borang nyata melalui integrasi sistem yang lancar bagi tujuan pelaporan cukai yang efisien dan tepat.
- Bagi syarikat besar, pelaksanaan e-Invois dapat memperkemaskan operasi perniagaan, meningkatkan kecekapan serta menjimatkan masa dan kos melalui proses automasi, integrasi data yang lancar dan pengurusan invois yang lebih efisien;
- Bagi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), pelaksanaan e-Invois secara berperingkat dapat memastikan peralihan kepada sistem baru ini secara lebih progresif dan terkawal. Selain itu, PMKS juga dapat menyelaras digitalisasi proses kerja dan pelaporan kewangan mengikut piawaian industri
> Dapatkan konsultansi penghantaran borang B/BE/P (E-Filling)
Jenis-jenis e-Invois LHDN
- Invois: Dokumen komersial yang menyenaraikan atau merekodkan
transaksi antara penjual dan pembeli, termasuk pengeluaran sendiri e-Invois
seperti mendokumenkan perbelanjaan dengan penjual asing. - Nota Kredit: Nota kredit dikeluarkan oleh penjual untuk membetulkankesilapan, memberikan diskaun atau merekodkan pulangan dalam e-Invoisyang telah dikeluarkan sebelum ini dengan tujuan mengurangkan nilai e-Invois asal. Ia juga digunakan dalam situasi di mana pengurangan e-Invois asal tidak melibatkan pemulangan wang kepada pembeli;
- Nota Debit: Nota debit dikeluarkan untuk menunjukkan caj tambahan dalam e-Invois yang dikeluarkan sebelum ini; dan
- Nota Bayaran Balik: Nota bayaran balik ialah dokumen yang dikeluarkanoleh penjual untuk mengesahkan pemulangan bayaran yang telah dibuatoleh pembeli. Ini digunakan dalam situasi di mana terdapat pemulanganwang kepada pembeli.
Tarikh Pelaksanaan
Bagi perniagaan yang mempunyai PENDAPATAN TAHUNAN RM100JUTA ke atas, pelaksanaan bermula 1 OGOS 2024.
Garis Panduan e-Invois LHDN
GARIS PANDUAN UMUM E-INVOIS (VERSI 2.0) DAN GARIS PANDUAN SPESIFIK E_INVOIS (VERSI 1.0) KINI BOLEH DIAKSES DI PORTAL HASiL
Garis Panduan Spesifik menerangkan secara umum transaksi berikut:
- Transaksi melibatkan pembeli
- Penyata atau bil yang disediakan secara berkala
- Pengeluaran (disbursement) dan bayaran balik (reimbursement)
- Perkuisit dan manfaat pekerja
- Sebahagiaan perbelanjaan oleh pekerja bagi pihak majikan
- Transaksi yang melibatkan pembayaran dalam bentuk kewangan kepada ejen, pengedar atau pengagih
- Transaksi rentas sempadan
- Pengagihan keuntungan
- Pendapatan luar negara
- Kadar tukaran mata wang asing
- Gambaran berkaitan Application Programming Interface (API)
- Keselamatan siber
- Muat turun Garis Panduan e-Invois Versi 3.1 (diterbitkan pada 19 Julai 2024)
- Muat turun Garis Panduan Spesifik e-Invois Versi 2.2 (diterbitkan pada 28 Jun 2024)
Soalan Lazim E_Invois – Kaedah Menyemak Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
Format Nombor Pendaftaran Perniagaan Bagi Pengeluaran EInvois
Maklumat Lanjut
- Mengenai eInvois
- Manfaat eInvois
- Gambaran Keseluruhan Aliran Kerja Pelaksanaan eInvois
- Garis Masa Pelaksanaan eInvois
- Garis Panduan
- Software Development Kit (SDK) eInvois
- Portal MyInvois
- Soalan Lazim
- Soalan Lazim Industri Spesifik
- Komunikasi Dan Hebahan Mengenai eInvois
- Hubungi Kami
Untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terkini, sila layari laman web HASiL di pautan http://www.hasil.gov.my/einvois/