Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat. Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat.
Berikut akan kami kongsikan doa dan panduan bacaan dalam rumi beserta maknanya untuk pengetahuan anda. Teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.
Pengenalan
Dari segi bahasa, Iqamat ini membawa erti perkataan “bangun”. Namun begitu, dari segi syarak, Iqamat ini merupakan sebutan tertentu yang dilakukan untuk membangunkan para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Iqamat ini telah disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram. Hal ini demikian kerana, iqamat ini merupakan tanda bagi mereka yang telah hadir untuk segera membentuk saf dan mengerjakan sembahyang.
Syarat Melaungkan Iqamat
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum iqamat ini dilaungkan. Syarat tersebut ialah:
- Iqamat perlu dilafazkan dalam bahasa Arab
- Hanya dilakukan oleh seorang individu sahaja di sesuatu kawasan solat.
- Muwalat (berturut-turut) kalimah-kalimahnya.
- Dilakukan selepas masuk waktu solat.
- Tertib.
Lafaz & Makna
Berikut merupakan lafaz iqamat beserta makna buat pengetahuan anda:
Lafaz Iqamat | Makna Iqamat |
---|---|
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar | Allah Maha Besar, Allah Maha Besar |
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah |
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah | Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah |
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ hayyā `alā-s-salah | Marilah menunaikan solat |
حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ hayyā `alā-l-falāh | Marilah menuju kejayaan. |
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ qad qāma tis-salaah qad qāma tis-salaah | Sesungguhnya solat akan didirikan. Sesungguhnya solat akan didirikan. |
الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar | Allah Maha Besar, Allah Maha Besar |
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lā ilaha illā-llah. | Tiada tuhan selain Allah |
Dapatkan banting lafaz azan, lafaz iqamat atau cara melakukan ibadat solat di Shopee untuk dijadikan sebagai panduan anak-anak anda.
Cara Menjawab Iqamat
Sewaktu iqamat dilaungkan, kita juga disunatkan untuk menjawab iqamat, dan berikut merupakan cara menjawab iqamat:
Lafaz Iqamat | Cara Jawab Iqamat |
---|---|
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar | اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar |
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah | أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah |
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah | أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah |
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ hayyā `alā-s-salah حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ hayyā `alā-l-falāh | لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ La Haula wala quwwata illa billah (2x) |
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ | أقامها الله وادامها Aqamaha-llahu-wa-ada-maha |
الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar | الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ āllahu ākbar, āllahu ākbar |
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lā ilaha illā-llah. | لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lā ilaha illā-llah. |
Doa Selepas Iqamat
Membaca doa selepas Iqamat merupakan amalan sunat. Doa yang perlu dibaca adalah sama seperti doa selepas Azan, seperti yang ditunjukkan di bawah:
Bacaan Rumi Doa Selepas Iqamat:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Baca juga: Niat Solat Jemaah & Kelebihan Melakukannya